Apa nasib kemeja-T anda yang sudah lama tidak digunakan atau sudah rosak? Yang pasti, kalau bukan ke tong sampah, ia pasti akan dijadikan kain mengelap, bukan?
Jika anda ada banyak kemeja -T terpakai di dalam almari anda, jangan terburu-buru dibuang! Anda tahu, ia sebenarnya ada kegunaan lain yang sangat bermanfaat buat anda dan keluarga. Apa saja yang boleh dibuat dengan kemeja-T selain dibuat mengelap? Ada! Anda boleh buat sendiri (DIY) sarung bantal. Dan lebih menarik, anda tak memerlukan walau satu alatan menjahit untuk membuat sarung bantal ini, kecuali sebilah gunting! Apa yang anda perlukan hanyalah sebiji bantal, kemeja-T terpakai dan sebilah gunting.
Cara membuatnya sangat mudah! 1. Gunting kemeja-T menjadi bentuk sesuai dengan bentuk dan saiz bantal. 2. Gunting setiap penjuru dan hujung sisi kain seperti dalam gambar. 3. Akhir sekali, ikat setiap bahagian yang digunting tadi menjadi tali yang berjurai. Bagaimana, mudah saja kan? Tak perlu modal yang banyak dan anda boleh dapat sarung bantal yang sangat comel! Rasa nak peluk-peluk bantal tu. Kalau tengah leka, pasti jari anda ralit menggentel-gentel 'bulu-bulu' yang berjuntai-juntai. Memang menjimatkan. Selamat mencuba! - CARI
|
20
Bagus |
24
Marah |
21
Terkejut |
17
Sedih |
14
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kotakbaju replied at 23-5-2017 09:15 PM
Tapi jadi macam leceh pula kalau nak bukak sarung tu nak basuh. Jenuh kot nak bukak setiap ikatan tu ...
Felycya replied at 23-5-2017 10:37 PM
Pernah buat...
Tgk kt whi aritu terus korban sehelai baju tido ni..
Lepas tu nampak mcm dh lama ...
kotakbaju replied at 23-5-2017 09:43 PM
Bantal jenis apa tu? Yang span punya ke? Kalau bantal kekabu agak susah nak basuh dia.
ADVERTISEMENT