|
Sebahagian daripada bangunan di blok klinikal Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur dilaporkan terbakar pagi tadi.
Memetik laporan Bernama, adalah difahamkan api merebak bermula di tingkat tiga blok. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak mengesahkan bahawa sebuah kereta bomba dengan tujuh anggota telah dikejarkan ke lokasi itu. Walau bagaimanapun, setakat ini, tiada butiran mengenai kebakaran itu. Ketika dihubungi jurucakap HUKM, berkata pihaknya sedang menyiasat dan akan mengeluarkan kenyataan. Tahun lalu, enam orang terbunuh dalam kebakaran di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.- CARI |
|
13
![]() Bagus |
22
![]() Marah |
22
![]() Terkejut |
28
![]() Sedih |
14
![]() Lawak |
15
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
6-2-2026 10:00 PM GMT+8 , Processed in 0.354548 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.