CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Gadis Bantu Pengemis, Terkejut Dapat Tahu Dia Fasih Berbahasa Inggeris

26-5-2017 04:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11277| Komen: 43|Original author: Oleh: Myra Rozi

Kebanyakan dari kita pasti pernah berhadapan dengan pengemis yang selalu meminta-minta bukan sahaja duit malah kadang-kadang ada juga yang merayu untuk diberikan makanan.


Apa tindakan anda bila berhadapan dengan situasi begini? Dengan bau dan rupa pengemis yang tidak menyenangkan, pastinya ramai yang melarikan diri jauh-jauh. 

Namun tidak bagi seorang pelajar kolej dari Filipina bernama Faye Ares ini kerana dia memilih untuk makan tengahari bersama-sama dengan seorang pengemis.

Status yang dimuat naiknya di Facebook, "Saya sedang berjalan-jalan di sebuah pusat membeli-belah dan seorang lelaki tua datang menghampiri dan berkata dengan sopan,

"Cik, jangan marah ya dan maaf sebab mengganggu. Saya tak minta duit cuma nak mahu makanan sebab saya betul-betul lapar."

Faye pada mulanya terkejut bukan kerana dia adalah orang asing, sebaliknya gadis ini terkejut kerana lelaki tua tadi sangat fasih berbahasa Inggeris. 

Faye kemudiannya mengajaknya ke sebuah makanan segera, Jollibee. Jelas terpancar di raut wajah tuanya seperti hendak menangis! Lebih menarik apabila Faye mengetahui dengan lebih lanjut tentang diri lelaki tua berusia 70 tahun ini.

Foto: FB Faye Ares
Sebenarnya namanya adalah Jansen Locsin dan merupakan bekas graduan dari Universiti Ateneo Manila dalam bidang ekonomi.

Dia juga pernah menjadi pensayarah di Universiti Filipina selain pernah terlibat dalam bisnes sebelum bankrap. 

Locsin juga sempat menasihati Faye supaya belajar bersungguh-sungguh kerana ilmu itu tersangatlah penting sekali.

Sebelum berpisah selepas menikmati hidangan, Faye sempat memberikan sebotol air dan 100 pesos (RM8.50) kepada Locsin walaupun dia pada mulanya malu untuk menerimanya.

Foto: FB Faye Ares
Status yang dimuat naik di laman Facebooknya ini menjadi inspirasi dan tular dengan lebih dari 3 ribu perkongsian. Rata-rata netizen memuji tindakan yang dilakukan gadis ini.

Benarlah bagai dikata, jangan cepat menghukum dengan melihat hanya dari luaran sahaja kerana kita tidak tahu apa sebenarnya yang dilalui oleh seseorang itu. Kadang-kadang orang yang nampak hina itulah yang lebih mulia dan begitu juga sebaliknya. 

Apa pun semoga ada lebih ramai orang seperti Faye yang sudi menawarkan pertolongan kepada sesiapa pun yang dalam kesusahan. -CARI
14

Bagus
4

Marah
14

Terkejut
5

Sedih
10

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (57 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote beautifulliar 26-5-2017 05:05 PM
Mata masuk bawang
Quote ally9970 26-5-2017 05:15 PM
Kat US pon ramai pengemis fasih bahasa Inggeris...
Quote kiambang 26-5-2017 05:32 PM
Nasib masing masing berbeza.. tak ada yang nak hidup gelandangan .. kita yang bernasib baik patut tolong mereka .
Quote pukulrata 26-5-2017 05:48 PM
itu la pntingnya inglis edukesen
Quote ffbeauties 26-5-2017 05:48 PM
ally9970 replied at 26-5-2017 05:15 PM
Kat US pon ramai pengemis fasih bahasa Inggeris...

So true  
Quote siskepoh 26-5-2017 05:49 PM
klau makeover mesti helok pengemis ni. tetibahh
Quote cheergirlz 26-5-2017 06:00 PM
jap...tgh potong bawang jgk... T_T
Quote WhiskeyScotch 26-5-2017 06:00 PM
Alhamdulillah masih ada lagi warga pinoys yang baik hati dan bertamadun.
Quote Levespa 26-5-2017 07:21 PM
memang baya2 pakcik ni fasih english.. zaman dulu kan sekolah english medium
Quote Esmiria 26-5-2017 07:23 PM
fb tmpt riak.
Quote WajibulGhunah 26-5-2017 07:32 PM
Muka pakcik tu mcm pakcik yg kt thailand yg beli moto tu
Ke iols tersilap org??
Quote DeeHanania 26-5-2017 08:00 PM
Ttiba terasa sebak
Quote Nt-ViruS 26-5-2017 08:07 PM
lawo faye ares, single ke?.
Quote RatuDunia94 26-5-2017 08:08 PM
Jolibee tu ala2 KFC versi pprt..
Quote krustykrab 26-5-2017 10:04 PM
ally9970 replied at 26-5-2017 05:15 PM
Kat US pon ramai pengemis fasih bahasa Inggeris...

Hahaha...betul..
Skg ni pun kt msia dah ada mat saleh memilih kerjaya pengemis
Quote Zasss777 27-5-2017 02:53 AM
Berair mata...
Quote salam007 27-5-2017 05:40 AM
berair mata juga
Quote noraidil_06 27-5-2017 05:40 AM
kenape kalau dia fasih english?
Quote Ferr_Remy 27-5-2017 09:10 AM
Pinoys .. mmg la syaitooonnn

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 11:08 PM GMT+8 , Processed in 0.077542 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top