CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

"Kalau Dulu Masa Mewah Semua Sayang, Tapi Sekarang Semua Lari" - Jadi Miskin Lepas Kaya

26-5-2017 06:33 PM| Diterbitkan: CARI_Kolumnis| Dilihat: 10309| Komen: 36


Rata-rata mereka yang menerima bantuan bekalan dapur dari abanG semunya pernah menerima PAMPASAN, VSS, SAGUHATI dan KWSP dari hasil mereka bekerja selama bertahun tahun.


Gelap mata

Tak tahu menguruskan duit

Pelaburan

Bayar hutang 

Enjoy 

Dan sebagainya 

INI MEMANG KISAH BENAR YA. Ianya punca mereka-mereka yang abanG jumpa melalui program Empire Food Bank ini menjadi papa kedana/miskin tiada rumah untuk berteduh, tiada keluarga untuk mengadu, tiada kawan untuk meluahkan perasaan, tiada sesiapa yang sudi dekat. 

“Dulu dulu …. Masa mewah semua dekat , semua sayang, semua  rapat, kentut pon wangi, tapi bila dah miskin/susah semua lari ?" itu luahan dari salah seorang penerima bantuan barang dapur abanG. 



Kenapa dan di mana silapnya?

Lebih menyedihkan lagi apabila anak-anak yang dulu di basuh kencing beraknya, ditatih untuk berjalan, disuapkan susu dan makanan ke mulut, diajar mengaji, diberi pendidikan sehingga peringkat tertinggi KINI buang kedua orang tuanya  mereka di caci di maki dibiarkan sebatang kara tanpa belas kasihan dan hanya ihsan org sekeliling menjadi peneman.

Benarlah pepatah ada mengatakan 

“Seorang IBU boleh menjaga 10 orang anaknya TETAPI 10 anak BELUM tentu boleh menjaga SEORANG IBU”

Kes sebegini banyak berlaku di sekeliling kita, sedar atau tidak atau kita buat-buat tak nampak…… yang bernasib baik akan ada pihak-pihak kebajikan datang dan ambil mereka ke Rumah orang tua-tua, mana yang tidak bernasib baik tinggalah mereka sendirian di rumah usang, kaki lima,bawah jambatan atau di mana-mana yang di fikirkan selesa. 

Dengan faktor kesihatan yang kurang baik menambah lagi duka atau sengsara buat mereka….. siapa yang akan bantu mereka ? TIADA SIAPA ! 


Kesan simpati dan kesian kita tidak kekal lama dan mereka akan terus dilupakan didikan dan agama belom boleh menjamin anak-anak kita akan menjadi Insan yang BERKEBAJIKAN lagi BERTANGGUNGJAWAB di masa akan datang.

Untuk kita semua HARI INI adakah kita inginkan masa depan kita sama seperti mereka yang yang abanG bantu? TIDAK ! 

Semua orang inginkan hari tuanya yang lebih baik, di kelilingi oleh anak-anak dan mempunyai sedikit harta hasil penat lelah selama bekerja.

Lakukan sesuatu daripada SEKARANG terapkan nilai-nilai kebajikan dan kasih sayang kepada anak-anak kita, tunjukan sifat kasih sayang dan kebajikan buat anak-anak kita, atur dan laburkan duit ke tempat yang di jamin pulangannya.


Apa yang kita lakukan hari ini bukan untuk kita esok hari tapi untuk masa depan kita yang akan datang.

Sama-sama kita fikirkan sama-sama kita ubah masa depan yang lebih baik. Ingat!

Setiap perbuatan kita HARI INI akan mendapat impak di MASA HADAPAN.

abanG bersama team EMPIRE PROJECT menjalankan program bantuan barang dapur kepada 150 keluarga di Kuala Lumpur setiap bulan, daripada 150 keluarga yang di bantu sebahagian daripadanya akan mendapat bantuan 3 bulan berturut-turut. Program ini telah masuk tahun ke 3 di jalankan dan kini abanG bekerjasama dengan sekolah kebangsaan di Kuala Lumpur dalam membantu pelajar asnaf/miskin menerima bantuan barang dapur ini.

Kepada mereka yang ingin turut serta membantu boleh membuat sumbangan ke akaun rasmi Maybank Persatuan Empayar Kebajikan Malaysia (Empire Project)  - 5640 6143 1661. Ref : Empire Food Bank

Like dan follow page FB: Empire Project We Care We Share

Like dan follow Instagram : empireproject37

- Love abanG -
18

Bagus
24

Marah
13

Terkejut
29

Sedih
14

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (117 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Esmiria 26-5-2017 07:18 PM
hmmmmmmmmmmmmmm
Quote CiliPadiSedap 26-5-2017 07:47 PM
kalau nak derma derma je, yang banyak bunyi aku lempang sorang sorang..

sekali pantai di lambung ombak, sekali lempang sis cili padi sampai
Quote Zasss777 27-5-2017 02:47 AM
Inilah yg dinamakan kehidupan
Quote Zasss777 27-5-2017 02:47 AM
Inilah yg dinamakan kehidupan
Quote Jorja 27-5-2017 03:30 AM
“Seorang IBU boleh menjaga 10 orang anaknya TETAPI 10 anak BELUM tentu boleh menjaga SEORANG IBU”

Ni biasa terjadi pada mak2 yg bangga boleh beranak..mulut hansuang tak fikir perasan orang suka2 tanya "eh kenapa kau belum ada anak lagi" ...contohnya acik2 kepam yg suka kutuk bini si fizo tu.. insyaAllah semoga mak2 mulut celupar ni dapat balasan setimpal.. bangga dengan #asalberanak last2 bila tua nanti mungkin lebih teruk nasibnya dari yg belum beranak
Quote Esmiria 27-5-2017 04:28 AM
es pun sma.dulu seme org syg es including awek cun tapi skng SME buat bodo. x Lyn es.kahkah.
Quote NekNgah 27-5-2017 09:59 AM
Lumrah hidup,  kita kena sentiasa beringat.
Quote boyagombak 27-5-2017 12:15 PM
Dulu engkau menyayangi diriku ini
Apa saja yg kubuat kau senangi
Tapi kini engkau dh mula berubah
Apa saja yg kubuat engkau benci
Quote jiji85 27-5-2017 11:18 PM
alu baca sbb nak tau apa punca dia jatuh miskin...tp sampai ke sudah xda sbb n tajuk mcm xda kaitan ngn artikel..byk bunyi pulak nak buat amal sampai aku terjebak nak baca artikel..choii
Quote Sitinurbaya 27-5-2017 11:43 PM
hahaa kasianye
Quote Super-M 28-5-2017 08:41 AM
nak buat amal ni bagus, tp saranan aku kalau org ni miskin, tanya dgn jkm, jumpa jkm.. walau dia ckp xpernah minta bantuan.kdg2 jkm ada fail diaorg,rekod dr jiran dll. sila semak..

aku xcakap semua ya.. aku xcakap xbagus tolong org miskin..kalau biasa dgn golongan ni.. org miskin ada 2 keadaan sbnrnya.. bnyak yg aku kendalikan bila semak dgn jkm cerita jd lain,hal jd lain.kalu dia cerita miskin itu ini sbb anak, sbb itu ini.. sila semak..dgr sumber dua pihak.. mcm kes viral makcik rumah buruk. bersepah, cakap org xpeduli,sedara adik. beradik xkisah.. bila ahli keluarga tampil kedepan tunjuk bukti baru tau mcmne.

org miskin ni kita tolong bukan dengan suap ikan je, tp beri pancing dan mata kail. yg pemalas ni mmg kita leh nmpk, kita nak bantu, dh sediakan pancing, umpan, mata kail pun xnak. alasan setinggi gunung. nak bersuap goyang kaki..
Quote Ayda89 29-5-2017 09:43 AM
Hidup ibarat roda, cemtulah..
Quote LautBiru52 29-5-2017 09:51 AM
tak semua tapi ada sesetengah orang miskin ni diorang yg create sendiri..bila dah selalu dapat bantuan diorang jadi lemak tau..diorang tak beringat sebab tahu akan ada yg bantu nanti..ada duit abis dibuat berseronok..duit abis kang mula la buat cerita sedih..aku tak kesian langsung orang miskin jenis mcm ni..orang lain beria cari duit..hujung2 diorang tadah tangan je nk duit sambil goyang kaki dekat rumah..
Quote chinta89 29-5-2017 10:01 AM
jiji85 replied at 27-5-2017 11:18 PM
alu baca sbb nak tau apa punca dia jatuh miskin...tp sampai ke sudah xda sbb n tajuk mcm xda kaitan  ...

tu lah.. mcm x kena tajuk ngn isi
Quote chinta89 29-5-2017 10:05 AM
Jorja replied at 27-5-2017 03:30 AM
“Seorang IBU boleh menjaga 10 orang anaknya TETAPI 10 anak BELUM tentu boleh menjaga SEORANG IBU”
...

btl tu..

kat opis ak ade sirg kakak ni, bangga sgt konon jd supermom jaga anak2 kecik berderet 3 org semua lelaki. sibuklah asik bcerita psl anak2, duk kepoh org2 bujang x kawin lagi bla bal bla..

siyes ak ckp dia nampakwarak tp mulut jahat sgt sampai ak penah acapkali doa; semoga Allah balas kejahatan mulut dia, ak nk tgk sejauh mana sgt anak2 yg dibanggakan tu akan berbakti kat dia, x buat jahat kat org (sb dia kompidem anak2 diasuh bak syurgawi sgt hingga perlekeh cara org lain didik anak), dia potpet2 kat org bujang psl anak la psl laki la (x menjaga sensitiviti).

jgn berlagak sgt sape yg ade anak, sape yg dh kawin ade laki ade anak. blm tentu selamanya indah!
Quote chinta89 29-5-2017 10:10 AM
Super-M replied at 28-5-2017 08:41 AM
nak buat amal ni bagus, tp saranan aku kalau org ni miskin, tanya dgn jkm, jumpa jkm.. walau dia ckp ...

yelah u, sama ngn kawan i cter dia jaga bahagian bab2 kemiskinan.

org miskin ade 2 jenis.

pertama, mmg miskin tp x tau mcmne nk ikhtiarkan perubahan sb org kg kan x tau cara dan saluran btl diorg ni kalau dibantu, diberi bantuan 'mata kail dan pancing' deols mmg maju ok, taraf idup jd lbh baik dan berusaha keluar dari kemiskinan. jenis sesetengah sekerat jalan pun ramai, bagi bantuan lps tu jual plk peralatan kita bagi, xleh susah sikit terus putus asa. org yg mcm ni susah lah nk tlg.

kedua, jenis yg nak 'ikan' je.. tau buat anak dan x nak bekerja pun.. jenis ni paham sdiri lah.

kang ade porumer marah ak plk sb byk bunyi bab2 mcmni di bulan puasa..
Quote myakayina 29-5-2017 10:31 AM
ada masa kita di atas ..ada masa kita di bawah..hidup ni penuh pancaroba.. waktu senang kena beringat..waktu susah mmg menduga..
Quote leylapple 29-5-2017 11:18 AM
chinta89 replied at 29-5-2017 10:10 AM
yelah u, sama ngn kawan i cter dia jaga bahagian bab2 kemiskinan.

org miskin ade 2 jenis.

yang selalu mintak2 bantuan tu kebanyakannya jenis no.2...

yang betul2 susah dan masih berusaha mmg jarang meminta..dibantu pun beberapa kali menolak...

kalau nak dibagi bantuan pun kena ber'alas'. malu katanya terima bantuan sedangkan masih mampu berusaha

selalunya yang golongan nie, anak2 menjadi..

golongan no.2, pemalas selalunya...ramai anak dan pengotor...kdg2 anak pun tak sekolah...tak dijaga

Quote nisako 29-5-2017 12:14 PM
hmmmmmm mmg mcm ni la skrg ni............

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 08:07 PM GMT+8 , Processed in 0.127728 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top