Walaupun Sylvester Stallone dan Jackie Chan merupakan kawan baik sejak dulu lagi, namun mereka tidak pernah berlakon bersama dalam satu filem. Baru-baru ini dilaporkan kedua-dua bintang aksi hebat ini bakal bekerjasama dalam sebuah filem yang dikatakan paling mahal dalam industri perfileman di negara China. Kerjasama mereka yang buat pertama kali ini disifatkan sebagai kombinasi antara aksi pertarungan berunsur kebaratan dengan ketimuran yang amat dinanti-nantikan kaki wayang di seluruh dunia. Setakat ini filem terbaru itu dikatakan berjudul 'Ex-Baghdad', tugas pengarah akan dipertanggungjawab oleh Scott Waugh yang pernah mengarah filem seperti '6 Below' dan 'Need for Speed'.
Memetik laporan Movie Web, penulisan lakon layar pula dilaporkan terletak pada bahu Arash Amel yang pernah menulis lakon layar untuk filem 'Grace of Monaco' pada tahun 2014. Kos penerbitan filem hebat tersebut dianggarkan mencecah USD 80 juta dan diterbitkan oleh Jackie Chan bersama Pengarah Urusan SR Media dari China iaitu QI Jianhong dan Esmond Ren dari Talent International & Hans Canosa. Filem ini dijangka siap penggambarannya pada tahun 2019. Kisah filem ini adalah mengenai sebuah kilang penapis minyak milik kerajaan China yang terletak di Iraq mengalami serangan, seorang pengawal keselamatan peribadi kontraktor dari China yang dibintangi oleh Jackie ditugaskan untuk menyelamatkan para pekerja di kilang terlibat. Namun pada masa yang sama Jackie mendapati sebenarnya disebalik serangan itu terdapat satu perancangan yang lebih dahsyat sedang berlaku. Jackie berganding bahu bersama bekas Marine Amerika Syarikat yang dibintangi oleh Sylvester Stallone untuk menggagalkan perancangan jahat tersebut.- CARI |
11
Bagus |
11
Marah |
5
Terkejut |
10
Sedih |
12
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT