|
Bekas pemain golf nombor satu dunia, Tiger Wood dilaporkan ditahan polis di South Florida semalam kerana didakwa memandu dalam keadaan mabuk.
Pihak polis memaklumkan Woods ditahan sekitar jam 7 pagi Isnin. Bagaimanapun, Woods, 42 dibebaskan 3 jam kemudian selepas didakwa memandu di bawah pengaruh alkohol. Beliau dikatakan tidak dapat dihubungi pihak media untuk ditemuramah. Namun, memetik laporan Yahoo Sports, Woods mengeluarkan kenyataan peribadinya berhubungan penahanannya itu, 15 jam selepas kejadian. Katanya menerusi kenyataan itu, alkohol tidak ada kena mengena dalam hal tersebut sebaliknya kondisi yang dialaminya merupakan reaksi daripada ubat yang diambil. "Apa yang berlaku adalah tidak dijangka yang terjadi dari reaksi ubat yang diberikan oleh doktor. Saya tidak sedar campuran ubat itu menyebabkan kesan teruk pada saya," ujarnya. Woods juga meminta maaf kepada semua pihak termasuk keluarga, rakan dan para penyokongnya. - CARI |
|
8
![]() Bagus |
6
![]() Marah |
10
![]() Terkejut |
4
![]() Sedih |
4
![]() Lawak |
14
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
5-2-2026 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.170069 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.