CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Negaraku Sebelum Tayangan Filem Di Pawagam Sempena Hari Kemerdekaan

19-8-2013 10:52 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14170| Komen: 81


Lagu Negaraku dicadang untuk dimainkan di pawagam di seluruh negara sebelum tayangan sesuatu filem sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56.Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata langkah itu akan dibincangkan bersama pengusaha pawagam minggu hadapan."Saya akan berbincang dengan pengusaha-pengusaha mungkin pada Rabu depan untuk nyanyian Negaraku dimainkan sama ada dua atau tiga hari sebelum dan selepas 31 Ogos atau diteruskan hingga Hari Malaysia pada 16 Sept."Bagi saya ini (nyanyian Negaraku) hanya satu pengorbanan yang sedikit dan kecil untuk kita semua sebagai rakyat dalam menghargai kemerdekaan dan mengingati mereka yang terkorban dalam mempertahankan kedaulatan negara," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata bagi tujuan itu, kementerian boleh membekalkan klip video lagu Negaraku kepada pawagam di seluruh negara.Katanya, pengusaha panggung juga digalak mencari inisiatif untuk memastikan penonton berdiri ketika lagu Negaraku dimainkan seperti mencerahkan lampu pawagam."Tetapi bagi kami, sebaiknya tiada paksaan kerana ini sememangnya menjadi tanggungjawab dan kesedaran kita untuk berdiri bagi menghormati lagu Negaraku dan ia seharusnya dijadikan amalan."Kalau di padang bola, pada setiap perlawanan kita boleh berdiri apabila lagu kebangsaan dimainkan, kenapa tidak di panggung wayang hanya beberapa hari sempena Hari Kemerdekaan?" katanya.

Ditanya sama ada cadangan itu akan diteruskan secara harian, beliau berkata: "Kita tengok dahulu bagaimana... dulu dah buat tetapi dihentikan kerana mungkin orang anggap ia sebagai perkara biasa dan tiada kesedaran bila dimainkan setiap hari, selain kesukaran untuk membuat penguatkuasaan".Shabery berkata banyak negara luar termasuk Thailand dan India masih meneruskan tradisi nyanyian lagu kebangsaan negara mereka di kawasan-kawasan awam serta pawagam pada setiap hari."Thailand contohnya, rakyatnya akan berdiri apabila lagu kebangsaan mereka dimainkan di pawagam hinggakan ia turut dimainkan setiap pagi di stesen kereta api di mana rakyatnya juga akan berdiri sebagai tanda penghormatan.

"Kita belum sampai ke tahap itu, tetapi saya rasa tidak salah kalau ia dikaji sejauh mana yang kita boleh buat, tetapi kita tidak mahu juga jika semangat itu tidak dipupuk dan rakyat menganggap ia perkara biasa dan tidak perlu diberi penghormatan," katanya.Dalam pada itu, beliau turut menggalakkan syarikat-syarikat swasta memainkan lagu Negaraku pada acara yang dianjur mereka dalam usaha pembudayaan dan penghayatan lagu kebangsaan itu. – Bernama, 16 Ogos, 2013.

21

Bagus
22

Marah
19

Terkejut
21

Sedih
15

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (121 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chazey 16-8-2013 07:09 PM
ok je. unik.

Quote pakwetizzaqyah 16-8-2013 07:13 PM
yang dekat skolah pun mulut malas nk bukak menyanyi lagu negara sndiri..ini kan pola di punggong wayang...

wak yidin lagi la...masa perhimpunan pagi2 senin...nak tak nk je nyanyi lagu negaraku..tp kebulur nk jadi PM...tkgune punya orng
Quote kakikuDibibirmu 16-8-2013 07:13 PM
malunya kalau kokesen tengok, semua berdiri jah, nak pindah tempat ke apa
Quote MissNigga 16-8-2013 07:13 PM
nak ikut style negara siam nie....

kalo kat siam... sebelum filem ditayangkan... audiences akan berdiri tegak sambil mendengar lagu keluarga diraja siam..sambil screen menayangkan babak babak raja mereka turun padang berjumpa rakyat
Quote xanderz 17-8-2013 08:52 AM
KUALA LUMPUR - Lagu Negaraku dicadang untuk dimainkan di pawagam di seluruh negara sebelum tayangan sesuatu filem sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 negara.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata langkah itu akan dibincangkan bersama pengusaha pawagam minggu hadapan.

"Saya akan berbincang dengan pengusaha-pengusaha mungkin pada Rabu depan untuk nyanyian Negaraku dimainkan sama ada dua atau tiga hari sebelum dan selepas 31 Ogos atau diteruskan hingga Hari Malaysia pada 16 September.

"Bagi saya ini (nyanyian Negaraku) hanya satu pengorbanan yang sedikit dan kecil untuk kita semua sebagai rakyat dalam menghargai kemerdekaan dan mengingati mereka yang terkorban dalam mempertahankan kedaulatan negara," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
Last edited by xanderz on 17-8-2013 08:53 AM

Quote skylab 17-8-2013 08:56 AM
macam dekat Thailand lah
mahu ke orang berdiri?
rakyat Malaysia tak patriotik macam Thailand?
Quote Decaffeinated 17-8-2013 08:56 AM
why panggung wayang dipilih?

Quote sahamboi 17-8-2013 09:00 AM
Pangung wayang salah satu tempat berkumpul untuk aktiviti sosial... memang bagus idea tu... kalau boleh banyakkan lagi spt di stadium, litar lumba dan lain2...
Quote tyrande_81 17-8-2013 09:06 AM
Zaman dulu2bukan permah buat kan until this sepet people dun want to stand up and respect. Last2 younger generation pungkok besag pun taknak bangun respect. Last2 dh tk main negaraku dlm wayang
Quote ribena84 17-8-2013 09:21 AM
yuppppp...patutnye mcm tu..mcm b4 tgk bola semangat gitew....

#tapi nak ke deme?huhuhu
Quote seeriesagain 17-8-2013 09:25 AM
Kalu tgk tv singapore, every pagi before start rancangan tv dia akan pasang lagu kebangsaan negara diorg... Dulu ler, tak sure if sekarang ada lagi ke tak... Tapi, tv Malaysia ada buat ke camnie??
Quote skylab 17-8-2013 09:29 AM
seeriesagain posted on 17-8-2013 09:25 AM
Kalu tgk tv singapore, every pagi before start rancangan tv dia akan pasang lagu kebangsaan negara d ...

ada ja  sebelum mula siaran dan selepas nak tutup siaran

Quote leon_mclaren78 17-8-2013 09:39 AM
Bagus la... elok ingatkan kpd nereka yg sudah lupa nk nyanyi lagu negara sendiri.
Quote PEPPERMAN 17-8-2013 09:41 AM
konfom ada yg tak kan bangun ..

zaman ni kan ramai orang kurag ajar dan kepala batu..
Quote artcrime 17-8-2013 10:10 AM
PEPPERMAN posted on 17-8-2013 09:41 AM
konfom ada yg tak kan bangun ..

zaman ni kan ramai orang kurag ajar dan kepala batu..

Itu pasti..

Quote jazaa 17-8-2013 10:11 AM
PEPPERMAN posted on 17-8-2013 09:41 AM
konfom ada yg tak kan bangun ..

zaman ni kan ramai orang kurag ajar dan kepala batu..

Yg tak bgn akan didakwa under akta apa ek....

Tapi gerenti bangsa sepet yg ramai tak bgun....atau buat aksi mghina.....
Quote PEPPERMAN 17-8-2013 10:15 AM
jazaa posted on 17-8-2013 10:11 AM
Yg tak bgn akan didakwa under akta apa ek....

Tapi gerenti bangsa sepet yg ramai tak bgun....at ...

setuju, sebab mereka hanya buat benda yang memberi untung RM kepada mereka saja


kementeriaan nak letak pegawai dalam setiap pnggung ka? atau pasang cctv skodeng penonton?

Quote skymania 17-8-2013 10:17 AM
seeriesagain posted on 17-8-2013 09:25 AM
Kalu tgk tv singapore, every pagi before start rancangan tv dia akan pasang lagu kebangsaan negara d ...

tv kiter...bila nak start siaran ngan nak abiskan siaran..ada lah lagu negara ku.. tp dololah..la neh tak sure lah plak..sbb bnyk tv dah 24 jam...
Quote mdalipunte 17-8-2013 10:55 AM
Lebih baik putar lagu 'Terang Bulan'  .... kita boleh bergoyang dan berdansa di pawagam ...

[youtube]bbrcdpUGGEI[/youtube]

atau Terang Bulan versi Batk Karo ....

[youtube]Ed8-7mO_z9U[/youtube]

Versi Rock 'Terang Bulan'
[youtube]u4-MRDY1aSw[/youtube]


Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.131503 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top