Menurut penyedia perkhidmatan rangkaian penyampaian kandungan antarabangsa, Akamai, purata kelajuan sambungan Internet Malaysia berada di tangga ke-10.
Memetik Bernama, Laporan Mengenai Internet Suku Pertama 2017 oleh Akamai mendapati Malaysia mencatat purata kelajuan sambungan meningkat 9.1 peratus dari tahun lepas iaitu 8.9 Megabit per saat (Mbps), serta 40 peratus lebih baik berbanding suku pertama 2016. "Penerimaan Jalur Lebar 10 Mbps Malaysia juga mencatat peningkatan 17 peratus suku ke suku dan 179 peratus tahun ke tahun," menurut Akamai. Sektor telekomunikasi Malaysia kini memperkenalkan rangkaian 5G dan 4.5G, sekali gus mengukuhkan penerimaan digital dalam negara.
"Malaysia mempunyai jumlah penduduk generasi muda yang semakin meningkat, mereka merupakan pengguna cekap teknologi dengan kuasa beli yang besar. "Sebelum ini, demografik tersebut sentiasa menjadi pengguna awal teknologi baharu, dan faktor seperti pertumbuhan penggunaan telefon pintar dan pelan data mampu milik pula sebagai pemacu Malaysia ke arah mencapai ekonomi Internet," tambahnya. Menerusi laporan itu, Singapura masih mendahului dengan purata sambungan terpantas 184.5 Mbps pada suku pertama tahun ini. Dua lagi negara dengan purata kelajuan sambungan terpantas melebihi 100 Mbps adalah Korea Selatan dan Hong Kong, manakala 12 negara Asia Pasifik tidak termasuk China, Filipina dan India, mempunyai purata kelajuan di atas 50 Mbps. - CARI
|
26
Bagus |
22
Marah |
29
Terkejut |
31
Sedih |
29
Lawak |
41
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CARI-MAL replied at 1-6-2017 04:34 PM
Menurut penyedia perkhidmatan rangkaian penyampaian kandungan antarabangsa, Akamai, purata kelajuan ...
tumpanglalu74 replied at 1-6-2017 11:00 PM
Terkanjei kata orang Perak.. Aku dah lama dah tau on par. Aku rase kalo klik je memang terbukak ...
kentel replied at 2-6-2017 08:15 AM
aman2 je aku duduk kl ni
amyza replied at 2-6-2017 09:01 AM
U pakai tenet apa? Unlimited?
kentel replied at 2-6-2017 09:17 AM
unifi advance 50mb
mejaputih replied at 2-6-2017 09:31 AM
terbaekkkk
kentel replied at 2-6-2017 02:06 PM
takde la terbaik sgt...kekadang mengelembu jugak speed dia...
MengkuduMasam replied at 2-6-2017 10:24 AM
WEBE pun area KL ni not bad with 4G unlimited data...
cuma kekadang tersenut2 sbb non LTE area s ...
mejaputih replied at 2-6-2017 03:46 PM
mcm tau je keje company mana
ADVERTISEMENT