Priyanka Chopra kena hentam teruk dek netizen di media sosial. Ala, dia buat apa lagi kali ni sampai kena hentam? Memetik BBC News, aktres terkenal Hollywood itu disifatkan tidak sensitif kerana berpakaian seksi ketika bertemu dengan Perdana Menteri (PM) India Narendra Modi sehingga mendedahkan kakinya dari bahagian atas lutut.
Segelintir pengguna Facebook (FB) mengkritiknya tidak menghormati PM negara itu. Priyankan bagaimanapun tidak cepat melatah, malah tanpa rasa bersalah dia memuat naik sekeping gambar memaparkan dia bersama ibunya memakai dress pendek. Kontroversi itu bermula selepas Priyanka yang membintangi filem terbaru Baywatch dan drama bersiri Quantico memuat naik gambarnya bersama Modi berserta kapsyen mengucapkan terima kasih kepada PM kerana meluangkan masa bersamanya. Macam pisang goreng panas, gambar tak sopan berkenaan terus menjadi topik paling 'hot' dibincangkan di media sosial! Rata-rata netizen menyifatkan tindakan Priyanka itu sebagai satu penghinaan terhadap Modi dan pengikut setianya. "Kamu mungkin seorang bintang antarabangsa, tapi tolonglah tunjukkan sedikit rasa hormat kepada PM kita," tulis netizen. Dalam pada itu orang ramai mengecamnya, ada juga yang menyebelahinya dengan memberi komen positif. "Mungkin di negara barat pakaiannya itu dilihat sebagai semi formal," komen netizen. Apa pula pendapat anda? - CARI
|
34
Bagus |
39
Marah |
41
Terkejut |
25
Sedih |
39
Lawak |
27
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mieymiey replied at 2-6-2017 12:39 PM
Dah kena kecam, terus diuploadnya yang lagi seksi
ADVERTISEMENT