CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Van Terbabas Rempuh Rumah, 6 Pelajar Tahfiz Maut

2-6-2017 03:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 23097| Komen: 362

Enam orang pelajar tahfiz maut dalam kemalangan yang berlaku di Kampung Telekong, Jalan Kuala Krai - Kota Bharu di Kuala Krai, Kelantan.

Van yang dinaiki 14 pelajar tersebut terbabas ke dalam parit sebelum merempuh sebuah rumah penduduk.

Menurut laporan Berita Harian, mangsa berusia antara 15-17 tahun itu maut kerana kecederaan parah akibat tersepit di dalam van.

Foto: Berta Harian

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan Nazili Mahmood berkata kesemua pelajar tersebut adalah dari Pusat Tahfiz Al-Hashimi Kampung Tualang.

Jenazah dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera parah juga dihantar ke hospital sama untuk rawatan.

Foto: Berta Harian
Senarai pelajar yang meninggal dunia:

1. Mohamad Hafiz Aimullah Mustafa, 18
2. Muhamad Rahman Rozali,17
3. Nik Shah Jehan Nik Azmi, 16
4. Nik Ahmed Daniel Nik Ahmed Rithaudeen, , 14
5. Sarifuddin Muhammad, 14
6. Ahmad Farhan Zulkifli, 14

-CARI
8

Bagus
9

Marah
15

Terkejut
10

Sedih
13

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (57 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EJALTI 2-6-2017 02:35 PM
Seorang lagi anak tahfiz maut

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... tahfiz-maut-metrotv

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Jun 2017 @ 1:48 PM

Mohd Razis Ismail



SEORANG lagi pelajar tahfiz yang parah selepas van merempuh rumah di Kampung Telekong, Kuala Krai, hari ini meninggal dunia menjadikan keseluruhan enam mangsa maut.

Ahmad Farhan Zulkifli, 14, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Krai.

Dalam kejadian 9 pagi tadi, lima pelajar Tahfiz Al Hashimi, Kampung Tualang, Kuala Krai meninggal dunia di lokasi kemalangan.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai Deputi Superintendan Zulkarnain Ismail Al Haj berkata, van dinaiki 14 pelajar tahfiz dalam perjalanan dari Kuala Krai ke arah Kota Bharu.

Katanya, bagaimanapun sebaik tiba di lokasi kejadian van berkenaan terbabas dan merempuh sebuah rumah di tepi jalan.

Senarai pelajar yang meninggal dunia:

1. Mohamad Hafiz Aimullah Mustafa, 18

2. Muhamad Rahman Rozali,17

3. Nik Shah Jehan Nik Azmi, 16

4. Nik Ahmed Daniel Nik Ahmed Rithaudeen, , 14

5. Sarifuddin Muhammad, 14

6. Ahmad Farhan Zulkifli, 14
Quote zawara 2-6-2017 02:46 PM
ramainya yg meninggal... takziah
Quote kikuri 2-6-2017 02:47 PM
salam takziah.... pemandu van mengantuk ke..?
Quote Buritan 2-6-2017 02:48 PM
Alllah hai.. takziah
Quote Buritan 2-6-2017 02:48 PM
Alllah hai.. takziah
Quote Changa 2-6-2017 02:52 PM
adakah elohim membenci ummah tahfiz sehingga kan mereka sentiasa di bala kan??
Quote jasmeen 2-6-2017 02:54 PM
Kesiannye la hai..semoga roh mereka ditempatkan bersama golongan yg beriman
Quote takayama 2-6-2017 02:54 PM
Innalillahiwainnailaihirrajioun
takziah buat family mangsa
nak taw apa puncanya, terlalu laju, mengantuk atau camner
Quote Buritan 2-6-2017 02:55 PM
Emm kan dah dtg ummah lgbt atest terkutuk didunia.. moga Allah membuka pintu hati mereka utk menerima hidayah
Quote asfaz 2-6-2017 02:56 PM
Anak sepupu iols terlibat dalam kemalangan ni..kritikal...pendarahan dalaman.
Quote kakiselit 2-6-2017 02:57 PM
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ.

Kullu nafsin zaikatul maut

Semoga roh-roh mereka ditempatkan di kalangan para hafiz dan alim ulamak.

آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
Quote Buritan 2-6-2017 03:01 PM
asfaz replied at 2-6-2017 02:56 PM
Anak sepupu iols terlibat dalam kemalangan ni..kritikal...pendarahan dalaman.

Moga yg terbaik utk beliau
Quote sabbath_shalom 2-6-2017 03:02 PM
Harap bukan saja babaskan diri untuk mati hari Jumuah.

RIP
Quote vanillaninja 2-6-2017 03:04 PM
Innalillah, salam takziah buat keluarga mangsa2.
Quote penmarker 2-6-2017 03:05 PM
Allah..innalillah...
Quote rosasa 2-6-2017 03:07 PM
asfaz replied at 2-6-2017 02:56 PM
Anak sepupu iols terlibat dalam kemalangan ni..kritikal...pendarahan dalaman.

semoga baik2 sj, semoga cepat sembuh
Quote kokocrunch 2-6-2017 03:08 PM

innalillahiwainnailaihirojiun..
takziah buat keluarga2 mangsa
Quote shiedafaizal 2-6-2017 03:09 PM

Innalillahiwainnailaihirrajioun

takziah kepada semua... semoga dipermudahkan
Quote hzln 2-6-2017 03:13 PM
harap anak2 ini bukan eksiden dlm perjalanan utk "amali silibus keusahawanan" (read: kutip derma jual tisu, jual kismis) utk kemewahan hidup pemilik tahfiz dah lah...   

Lihat semua komen(362)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.110948 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top