CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Belum Dikurniakan Anak, Izzue Islam Rancang Jumpa Pakar

3-6-2017 11:25 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14481| Komen: 62|Original author: Oleh: Myra Rozi

Sudah empat tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Izzue Islam dan pasangannya, Awin belum lagi memperoleh rezeki untuk mendapat cahaya mata.

Dalam satu status ucapan ulang tahun perkahwinannya baru-baru ini,  Izzue berharap dapat menyambut ulang tahun kelima perkahwinan secara bertiga pula.

Status yang dimuat naik Izzue atau nama sebenarnya Muhammadd Izzul Islam Mazlan, 27, tersebut mendapat perhatian dan menyentuh hati peminat yang mendoakan pasangan tersebut dikurniakan zuriat secepat mungkin.

"Ya, siapa yang tidak mahu rezeki cahaya mata tapi saya percaya dengan perancangan Allah. Kami memang ada merancang untuk berjumpa pakar tapi belum ada masa kerana sibuk dengan jadual seni.

"Insya-Allah, suatu hari nanti. Alhamdulillah, setakat ini saya dan isteri tidak berasa tertekan dengan persoalan mengenai anak. Kami anggap mereka yang bertanya adalah mendoakan tentang kami," ujarnya kepada mStar Online.

Foto: IG Izzue Islam
Walaupun belum ada anak sebagai penyeri, aktor drama 'Sebenarnya Saya Isteri Dia' berkata kehidupan yang dilalui bersama isteri tercinta amatlah bahagia.

"Saya bahagia menjalani kehidupan sebagai suami-isteri. Empat tahun berlalu bagaikan baharu sahaja kami disatukan.

"Keputusan saya untuk berkahwin awal juga tidak langsung menjejaskan kerjaya seni saya, malah diberi rezeki yang lebih banyak," ujarnya.

Foto: IG Izzue Islam
Ditanya tentang rahsia rumah tangga bahagia Izzue menyatakan, "Sedangkan lidah kagi tergigit, inikan pula suami isteri. Gaduh-gaduh manja itu biasa sebab lepas gaduh kita pujuk memujuk. Bagi kami saling faham dan percaya antara satu sama lain adalah perkara utama dalam rumah tangga."

Apa pun kami doakan agar pasangan ini akan dikurniakan zuriat tak lama lagi dan kekal hingga ke akhir hayat. -CARI
22

Bagus
20

Marah
35

Terkejut
19

Sedih
13

Lawak
28

Bosan

Friends Rank (137 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kuzaime 3-6-2017 11:29 AM
Semoga ada rezeki depa dpt anak nnti..
Kena jugak ikhtiar selain berserah aje semata2..
Quote darkchoc 3-6-2017 11:36 AM

Berapa umo wife dia ..
Quote Pink59 3-6-2017 11:36 AM
Inshaa Allah ada rezekinya tu
Quote shernazz 3-6-2017 11:45 AM
heharap ada rejekinya tu....
Quote JDT 3-6-2017 11:57 AM
Semuga dikurniakan rezeki anak buat mereka berdua..
Quote Kelabuasap 3-6-2017 12:57 PM
InsyaAllah....moga diberi rezeki anak
Quote cheergirlz 3-6-2017 12:58 PM
rezeki pasti da...cpt dan lambat..
Quote samasam90 3-6-2017 01:04 PM
Tasty tasty pun susah nak dapat anak.
Semoga dikurniakan rezeki ya
Quote RatuDunia94 3-6-2017 01:48 PM
darkchoc replied at 3-6-2017 11:36 AM
Berapa umo wife dia ..

35 thn..


Quote Zasss777 3-6-2017 02:15 PM
Jgn stress stress dan teruskan berusaha!
Quote BalangMerah 3-6-2017 02:40 PM
Semoga dimakbulkan doanya.. amin
Quote irsa 3-6-2017 02:48 PM
Amin doa baik2 di bulan mulia InsyaAllah makbul
Quote Keledek.kepam 3-6-2017 03:12 PM
In shaa allah nnt ada la rezeki nya
Quote pocongkiutss 3-6-2017 03:16 PM
Aminnnn semoga dipermudahkan
Quote Knowlee 3-6-2017 03:27 PM
Jumpa la doktor yg Fizo n Mawar jumpa tu. Mana la tau berhasil.
Quote rempah_ratus 3-6-2017 03:35 PM
Penah jumpe die nie dgn wife die, dkt luar wife die nie lawa je, kecik je org die, comel .. maybe dlm gmbr nmpk matang sbb tak makan gmbr kot .. aminn maybe rezeki anak lmbt sikit, maybe rezeki pd bende lain dulu, mne kite tau kan .. semoge dipermudahkn semuanye
Quote saladin780 3-6-2017 03:57 PM
rempah_ratus replied at 3-6-2017 03:35 PM
Penah jumpe die nie dgn wife die, dkt luar wife die nie lawa je, kecik je org die, comel .. maybe dl ...

kan..ok je apa bininya..for sure jauh lagi lawa drpd acik2 netizen kepam yg selalu mengutuk bini dia tuh
Quote WhiskeyScotch 3-6-2017 04:30 PM
Jadikan Fizo dan Mawar sebagai inspirasi. Lepas 4 tahun alhamdulillah pregnant. Ada rezeki tu, insyaAllah.
Quote sepitsiput 3-6-2017 04:38 PM
izzue ni nampak lazat...tp kenapa heshe x mendunia cam pattah?

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.128316 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top