Nikmat sungguh rasanya kalau dapat berbuka puasa dengan martabak. Rasanya yang enak, cicah pula dengan kuah kari dan bawang manis memang rasa berbaloi betul bila dimasukkan dalam mulut.
Bagi para penggemarnya, memang hari-hari rasanya nak membeli juadah ini setiap kali menjejakkan kaki di bazar-bazar Ramadan. Lagi untung kalau boleh dapat dengan harga murah iaitu hanya RM1 untuk sekeping martabak. Dengan kenaikan harga barang sekarang ini macam tak percaya ada lagi martabak yang dijual dengan nilai seringgit bukan? Memang ada! Martabak Ekonomi Pak Ali yang terkenal ini dijual di bazar Ramadan Kelang Lama, Kulim Kedah. Sepanjang berniaga sejak 17 tahun lalu, pemiliknya Mohd Ghazali Hussin tidak pernah menaikkan harga walaupun satu sen. Begitu istimewa sekali martabak hasil air tangannya dan pastinya gerai jualan miliknya ini dipenuhi dengan pelanggan setiap hari di bulan Ramadan. Kalau tak percaya boleh datang sendiri untuk merasainya, pasti tak menyesal! Nak beli sepuluh keping pun tidak mengapa sebab harganya memang murah. Menurut pemiliknya lagi, harga martabaknya kekal RM1 walaupun harga barangan naik kerana selain berniaga untuk mendapatkan keuntungan, dia juga mahu membuat amal kepada orang ramai. Bagi anda yang berkesempatan berkunjung ke Kedah, jangan lupa singgah ke sini okay! -CARI
|
25
Bagus |
28
Marah |
8
Terkejut |
19
Sedih |
30
Lawak |
31
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
chinta89 replied at 5-6-2017 02:44 PM
ok la ngn saiz. mau bedal 3 keping gak ni.. so same je RM3 kat sini
apepun thanks pakcik jual mu ...
jazaa100 replied at 5-6-2017 11:51 PM
Aah....kat kl pun ada...tak de le org beli sekeping...pusing pusing sama je....
Martabak kat in ...
Nham22 replied at 5-6-2017 11:54 PM
Insaf betol.bila keluar dr kedai
jazaa100 replied at 6-6-2017 12:01 AM
Nasi briyani dia ok lah....tak le insaf sbb rasa sedap...
Tapi murtabak dia memang tak sedap... ...
ADVERTISEMENT