"Puasa satu amalan, sebagaimana yang diperintahnya. Moga dapat ku lenturkan nafsu yang selalu membelenggu diri." Petikan lirik dari lagu popular nyanyian Raihan dan Man Bai ini terngiang-ngiang di telinga setiap kali Ramadan tiba.
Bila tiba sahaja bulan mulia ini, semua umat Islam diperintahkan untuk berpuasa dari terbitnya fajar hingga tenggelamnya matahari. Dan seperti semua yang sedia maklum, waktu berpuasa adalah berbeza-beza mengikut tempat di seluruh dunia. Ada penduduk di sesetengah negara yang terpaksa menahan lapar dan dahaga untuk tempoh melebihi 21 jam. Bagi tahun 2017, purata umat Islam berpuasa adalah antara 11-21 jam namun kebanyakannya berpuasa selama 15 jam sehari.
Dipetik dari Gulfnews.com, jom ketahui negara mana yang mempunyai waktu berpuasa terpanjang dan terpendek di dunia. Waktu Berpuasa Terpendek di Dunia 1. 10 hingga 12 Jam Argentina, Australia, dan New Zealand mencatat waktu berpuasa tersingkat di dunia, iaitu sekitar 11 jam sehari. Sementara itu, penduduk di Peru dan Zimbabwe pula berpuasa sekitar 12 jam sehari 2. 13 hingga 15 jam Indonesia, Kenya, Ghana, Nigeria, Thailand, Malaysia, Brunei Darussalam, Panama, dan Columbia adalah antara negara yang tempoh waktu berpuasa Ramadannya sekitar 13 jam sehari. Sementara itu, di Negara Grenada, Nicaragua, Arab Saudi, Myanmar, Taiwan, Hong Kong, dan Laos pula umat Islamnya berpuasa antara 14 hingga 15 jam sehari. Waktu Berpuasa Terpanjang di Dunia 1. 15 hingga 17 jam Perancis, Georgia, Albania, Sepanyol, Turki, Amerika Syarikat, Kanada, Syria Jordan, Mesir, India, Afghanistan, China, Jepun, Korea Selatan, dan Korea Utara, menunjukkan tempoh waktu berpuasa sekitar 15 hingga 16 jam sehari. Selain itu, negara Hungaria, Uzbekistan, Armenia, dan Kyrgyzstan, menghabiskan waktu puasa Ramadan sekitar 16 hingga 17 jam sehari. 2. 17 jam ke atas Pada Ramadan 2017, Greenland dan Iceland mencatatkan waktu berpuasa terlama di dunia, iaitu sekitar 21 hingga 22 jam sehari. Manakala, Negara Eropah Utara seperti Rusia, Norway, Denmark, dan Sweden mempunyai waktu berpuasa selama 17-20 jam sehari. Apa yang penting bukan tempoh berapa lama kita berpuasa yang dijadikan tumpuan utama, tetapi teruskanlah berusaha untuk meningkatkan amalan dan ibadah di bulan Ramadan ini. Setuju tak? -CARI
|
20
Bagus |
21
Marah |
9
Terkejut |
20
Sedih |
16
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
debab76 replied at 7-6-2017 04:07 PM
kat iceland subuh 1.30 pg. maghrib 12.15pagi. tak sempat hakak nak berjimak
hyie replied at 7-6-2017 09:07 PM
x silap negara yang berpuasa 18 jam dan ke atas, diorang boleh ikut waktu arab saudi ke mana entah.. ...
aTiKah_aYuNi replied at 7-6-2017 03:24 PM
kalau tgk waktu siaran berbuka kat tv, selalu berangan, sahur kat semenanjung, buka kat sabah....
...
ADVERTISEMENT