CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pegawai SPRM Ditahan, Disyaki Memeras Ugut Polis

10-6-2017 01:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 6686| Komen: 59


Disyaki memeras ugut dan meminta wang daripada pegawai polis, seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditahan pihak polis.


Astro Awani melaporkan lelaki berusia 37 tahun itu ditahan di sebuah restoran di Machang Bubok, Bukit Mertajam malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Abd Hamid, suspek dipercayai melakukan kegiatan meminta wang daripada pegawai polis yang kononnya untuk melindungi aktiviti pusat perjudian.

Laporan tersebut turut mengatakan lelaki terbabit bertindak mengugut anggota polis berkenaan dengan memintanya membayar RM3,000 setiap bulan, dengan tujuan mengelakkan diri ditangkap SPRM.

Serbuan itu menyaksikan beberapa barang milik lelaki itu antaranya kad kuasa SPRM, wang tunai RM3,000, kelongsong peluru 9mm jenis SME,sebuah kereta Volkswagen Polo Sedan serta telefon bimbit.

Suspek kini direman bagi membantu siasatan. - CARI 


Foto: Awani
1

Bagus
2

Marah

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote GhostWalking 10-6-2017 08:08 AM
Terbalik hahahaha
Quote jazaa100 10-6-2017 08:09 AM
Mcmana org SPRM blh mintak rasuah pulak....



Quote Mary_jane 10-6-2017 09:17 AM
Patut dia cegah rasuah, ni dia sendiri amik rasuah.
Quote pyropura 10-6-2017 10:23 AM
Well... mulayu, wat du yu ekspeks?
Quote sebu1 10-6-2017 10:26 AM
Ooooo maiiiiii jdnye aku X percaye dah sape2 yg telus dan jujur dlm pentadbiran negare :zz
Quote sebu1 10-6-2017 10:27 AM
pegawai pencegah maksiat dan yg menangkap org puase tu pun entah2 mcm mane sifat sebenar :zz
Quote JDT 10-6-2017 10:40 AM
Cakap tak serupa bikin atau bikin tak serupa cakap ni?
Quote kakiselit 10-6-2017 10:43 AM
pyropura replied at 10-6-2017 10:23 AM
Well... mulayu, wat du yu ekspeks?

Ada kena jilat ludah balik ni  
Quote otai_g 10-6-2017 10:48 AM
2-2 x blh pki. Dkt png dlm radius 10km dr bli polis, bersph pusat judi haram. Bdk sek pun blh msk. Mustahil polis dan sprm x tau.
Quote kucen_miang 10-6-2017 10:48 AM
Terimalah hakikat..nobodys perfect
Quote sebu1 10-6-2017 10:50 AM
kucen_miang replied at 10-6-2017 10:48 AM
Terimalah hakikat..nobodys perfect

Jdnye jg le mrk marah anwar tu gay atau peliwat sbb upnm pun anggap perkare tu biase



Quote EJALTI 10-6-2017 11:53 AM
Sepatutnya cegah rasuah, nih pegi mintak rasuah plakkk...
Quote tagas 10-6-2017 12:04 PM
Slalu kucing kejar tikus

ni kali tikuih mondok kejar kuceng
Quote Decaffeinated 10-6-2017 12:04 PM
baru ja aku nak feel good betapa SPRM menjadi our last bastion of hope.... dengan beberapa perkembangan positif of late

Quote Buritan 10-6-2017 12:06 PM
pyropura replied at 10-6-2017 10:23 AM
Well... mulayu, wat du yu ekspeks?

Well koling paria cam ekau pemberi rasuah noooo..      
Quote Decaffeinated 10-6-2017 12:08 PM
sebu1 replied at 10-6-2017 10:27 AM
pegawai pencegah maksiat dan yg menangkap org puase tu pun entah2 mcm mane sifat sebenar :zz

pencegah maksiat ni yang paling buruk perangai....

sebelum nak raid rumah urut dia dulu pergi berurut apa yang patut konon merisik... dah selesai call team sambil masih pura2 pelanggan....



Quote Buritan 10-6-2017 12:08 PM
Decaffeinated replied at 10-6-2017 12:04 PM
baru ja aku nak feel good betapa SPRM menjadi our last bastion of hope.... dengan beberapa perkemban ...

Itulahh kalo mengharap pd manusia mcm tuu laa.. salah manusia sbb agungkan manusia.. Allah letak no 1000      
Quote Buritan 10-6-2017 12:09 PM
Decaffeinated replied at 10-6-2017 12:08 PM
pencegah maksiat ni yang paling buruk perangai....

sebelum nak raid rumah urut dia dulu pergi b ...

Mcm pernah ada pglmn je.. sbb tuu tahu          
Quote Decaffeinated 10-6-2017 12:10 PM
SPRM alu-alukan tindakan tegas polis
Mohd Husni Mohd Noor
[email protected]


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) amat mengalu-alukan tindakan tegas pihak polis dalam menahan seorang pegawainya yang disyaki memeras ugut dan meminta wang daripada anggota polis di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, SPRM berkata, perbuatan seumpama itu sama sekali tidak mewakili suruhanjaya yang sentiasa mendukung prinsip undang-undang dan perlembagaan negara dalam melaksanakan setiap tanggungjawab yang diamanahkan.

"Kami amat mengalu-alukan tindakan tegas pihak polis dalam melaksanakan penahanan itu dan tidak akan mencampuri siasatan yang dijalankan.

"Ekoran kejadian itu, kami akan melakukan pemeriksaan dalaman yang tegas terhadap semua pegawai bagi mengelakkan kejadian sama berulang pada masa

akan datang," katanya..

Katanya, pendirian SPRM tidak akan berganjak walaupun seinci sekiranya terdapat pegawai sendiri melakukan jenayah sedemikian dan tindakan tegas akan diambil terhadap

mereka yang melakukan kesalahan yang mencemarkan reputasi dan nama baik SPRM.

Semalam, seorang pegawai SPRM dari Unit Risikan Ibu Pejabat SPRM Putrajaya (Zon Utara) di tahan kerana cuba memeras ugut dan meminta wang daripada pegawai polis.

Suspek berusia 38 tahun itu ditahan di Machang Bubok, Bukit Mertajam, 10 malam, semalam.

Menurut sumber, suspek dikatakan sudah dua tahun melakukan kegiatan itu dengan meminta wang kepada pegawai polis yang kononnya untuk melindungi aktivi pusat perjudian.

"Dalam serbuan itu, polis turut merampas wang bernilai kira-kira RM3, 000 daripadanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Jun 2017 @ 11:43 AM

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-10-2024 11:21 PM GMT+8 , Processed in 0.132894 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top