CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tunjuk Banglo Pun Salah, Takkan Nak Kongsi Gambar Kubur?" -Wak Doyok

14-6-2017 11:00 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12042| Komen: 58|Original author: Oleh: Myra Rozi

Dari seorang yang asalnya hanya bekerja sebagai pemotong rumput, Wak Doyok kini dapat berbangga dengan kekayaan hasil dari kerja kerasnya.

Baru-baru ini Wak Doyok ada memuat naik gambarnya bersama ibu di hadapan sebuah banglo yang terletak di Klang, Selangor.

Kapsyennya, "Alhamdulilah berkat kerja keras selama ini. Akhirnya aku dapat juga membina sebuah banglo untuk kedua orang tua aku. Hanya ini sahaja sedikit jasa aku yang dapat aku bahagiakan berbanding mereka yang tidak kenal erti penat lelah menjaga aku selama ini. Insyallah ada rezeki sampai ke tanah suci pula. Jadi boleh lah mereka sambut hari raya pada tahun ini dengan riang gembira."

Niat yang pada mulanya mahu berkongsi kegembiraan bertukar sebaliknya apabila ada mulut-mulut jahat yang mengecam tindakannya memuat naik gambar tersebut kerana dianggap sebagai riak dan menunjuk-nunjuk.


Geram dan kecewa dengan sikap sesetengah pihak yang selalu berfikiran negatif, pemilik nama sebenar Mohd Azwan Md Nor, 36, ini tampil dengan entri terbaharu menyelar dan mempersoalkan tindakan pihak yang menghentamnya.

"Instagram dicipta untuk post gambar-gambar yang kita suka dan kongsi sama-sama untuk kita nikmati kebahagian, keseronokan tetapi ada pula yang benci dengan apa yang kita muat naik. Kalau begitulah caranya takkanlah kita nak post gambar perkuburan? #Haters Batu Nisan dah tertulis nama kau. Salam hujung minggu," tulisnya.

Walaupun ramai yang menghentam, masih ramai lagi peminat yang tidak putus-putus menyokongnya dari belakang.

Mereka turut memuji tindakannya yang dilihat sebagai seorang anak yang baik kerana sentiasa berbakti dan menghargai orang tuanya. 

Foto: IG Wak Doyok
Biasalah Wak, bukan mudah nak puasakan hati semua orang. Apa yang penting teruskan mencipta kejayaan dan hiraukan sahaja kata-kata jelik orang lain. -CARI
19

Bagus
16

Marah
5

Terkejut
5

Sedih
14

Lawak
35

Bosan

Friends Rank (94 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mimi77 14-6-2017 11:00 AM
suka tgk transformation rumah WD ni
Quote idril 14-6-2017 11:04 AM
dia ni kalau dibuang misai ngan jambang tu tasty la jugak
Quote samasam90 14-6-2017 11:07 AM
Dulu dia potong rumput dgn misai macam tu ke sambil berdressing bagai sampai boleh jadik ikon fesyen?

Ke potong rumput kat umah jejanzDa kahya? Gittuh
Quote zaziot 14-6-2017 11:08 AM
bukan rumah baru beli tu...mmg rumah parents dia...baru renovate aje
Quote harrypoter 14-6-2017 11:16 AM
ni memang rumah keluarga diakan, mcm di renovate aja
Quote cahaya_almas 14-6-2017 11:16 AM
Mmg dulu dia keje potong rumput ke...
Quote bintangct 14-6-2017 11:19 AM
Rumah kayu tu cntikkkk
Quote harrypoter 14-6-2017 11:19 AM
cahaya_almas replied at 14-6-2017 11:16 AM
Mmg dulu dia keje potong rumput ke...


Quote Allthatnana 14-6-2017 11:20 AM
Merasa la mak pak depa rumah bru even renovate kan..
Quote teha86 14-6-2017 11:20 AM
bagusla berbakti pada ibu bapa... yang mengecam tu banyak yg cemburu... normal la masyarakat melayu kita ni..
Quote fox. 14-6-2017 11:27 AM
Tak penat ke dia kulu kilir pakai baju topi macam tu,adakah sampai ke tua dia akan kekal imej begitu
Quote tobobon 14-6-2017 11:33 AM
meols bila tengok wak doyok ni teringat citer iron man 3.

heols macam ala2 watak mandarin gitu
Quote bottombikini 14-6-2017 11:44 AM
pic pakai stoking merah tu heols feeling penjajah sangat
cantiknye rumah kayu tu...tingat drama haryati
Quote -electrifying- 14-6-2017 11:50 AM
nk beli mahal, kalau renovate murah skit, lg 1 boleh ikut suka hati kite nk design apa2 pon
Quote cicicumel 14-6-2017 11:53 AM
kayanya dia jual pomade
Quote terpaku 14-6-2017 11:53 AM
fox. replied at 14-6-2017 11:27 AM
Tak penat ke dia kulu kilir pakai baju topi macam tu,adakah sampai ke tua dia akan kekal imej begitu

why not? hensem jua atok2 ni








Quote nishikido 14-6-2017 11:58 AM
Alhamdulillah rezeki dia...aku ni nak beli handbag mak pon kena wat saving berbulan.uwaaa...

Quote fox. 14-6-2017 12:05 PM
terpaku replied at 14-6-2017 11:53 AM
why not? hensem jua atok2 ni

Yg ni kokusen mmg la.ada tak gambar atok2 mulayu imej begini sentiasa.kalau nak jadi pioneer bagi bangsa melayu ok la
Quote withlove 14-6-2017 12:07 PM
bagus lah WD berbakti pada mak ayah dia..  yg hentam tu dah knp..

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 09:12 AM GMT+8 , Processed in 0.050827 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top