Baru-baru ini heboh di media sosial dengan perkongsian pengguna Facebook yang mendakwa beras tempatan berjenama terkenal di Malaysia diperbuat daripada plastik.
Pemilik akaun Facebook yang dikenali sebagai Azli Jaafar turut memuat naik tiga rakaman video yang menunjukkan beras yang telah dimasak kemudiannya dikepal dijadikan bulat lalu dilemparkan yang jelas kelihatan tidak hancur atau pecah seperti kebanyakan beras-beras lain. 3 rakaman video berkenaan sehingga kini telah mendapat puluhan ribu perkongsian dengan rata-rata netizen turut menggesa pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengambil tindakan agar pengguna tidak ditipu malah berkemungkinan termakan beras berkenaan yang dikatakan akan meninggalkan kesan sampingan.
Susulan itu, memetik laporan FMT, pejabat Kawal Selia Padi negeri bertindak menjalankan pemeriksaan bersama sepasukan lima anggota ke atas pemborong beras terbabit dan siasatan awal mendapati beras di kilang tersebut diambil dari sumber yang sah. "Kami telah mengambil sampel beras dan menjalankan beberapa ujian tekstur dan ujian iodin dan hasilnya kami dapati ia mempunyai kanji dan merupakan beras tulen." "Malah kami turut melakukan pemeriksaan ke atas mesin pengampit beras di premis berkenaan dan ia bukan digunakan untuk membuat beras plastik," katanya Bagaimanapun katanya, pihaknya tetap akan menghantar sampel beras berkenaan ke Jabatan Kimia bagi mengetahui kandungan dan komposisi sebenar, sekali gus mengetahui keputusan yang lebih tepat.- CARI |
13
Bagus |
21
Marah |
16
Terkejut |
24
Sedih |
28
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
pearl.silver replied at 17-6-2017 03:58 PM
Mmg baling2 tak pecah ke
Cap rambutan boleh saman aci ni
Xde bukti pun nasi dlm periuk tu cap ramb ...
peko_lolo replied at 17-6-2017 06:16 PM
Ye x pecah pun.aku try pki beras cap bestari
ADVERTISEMENT