Seorang remaja Islam warga Amerika menjadi mangsa kekejaman terbaharu di Virginia apabila dia diculik dan dipukul hingga mati. Dalam kejadian tersebut, Nabra Hassanen, 17 ditemui mati di sebuah kolam selepas meninggalkan masjid Virginia Ahad lalu.
Washington post melaporkan, sebelum itu mangsa dan beberapa rakannya yang sedang berjalan pulang dari masjid telah bertengkar dengan sekumpulan pemandu yang melalui jalan terbabit. Seorang daripada pemandu tersebut bertindak keluar dari kereta dan terus memukul gadis tersebut. Rakan-rakannya yang lain berjaya menyelamatkan diri namun Nabra dilaporkan hilang sebelum mayatnya dijumpai di sebuah kolam di Sterling pada pukul 3 petang.
Polis telah menahan seorang lelaki Darwin Martinez Torres, 22, yang memandu dalam keadaan mencurigakan. Suspek ditahan atas tuduhan membunuh namun pihak polis menolak motif serangan sebgai jenayah kebencian. Tragedi yang berlaku pada 10 hari terakhir Ramadan ini menimbulkan rasa sedih dan marah buat komuniti Islam di sekitar Masjid All Dulles Area Muslim Society yang terletak 30 minit perjalanan di luar Washington. -CARI |
24
Bagus |
14
Marah |
15
Terkejut |
22
Sedih |
10
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Rahman+Mulhid replied at 20-6-2017 10:39 AM
takziah...... semoga pesalah dapat hukuman yg setimpal
Bedah.Cun replied at 20-6-2017 11:22 AM
Bila diorang nak bukak baju jantan tue?
Bedah.Cun replied at 20-6-2017 11:22 AM
Bila diorang nak bukak baju jantan tue?
ADVERTISEMENT