CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Setahun Lebih Kumpul Duit Rokok Akhirnya Boleh Beli Motosikal Secara Tunai

21-6-2017 03:04 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7379| Komen: 42|Original author: Oleh : Hafiz BZ



Semua orang tahu merokok boleh merbahayakan kesihatan namun statistik penghisap rokok semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Lebih menghairankan lagi, ramai yang sedar kebanyakan penyakit berkaitan merokok adalah pembunuh nombor satu di negara ini yang menyebabkan kira-kira 10,000 rakyat Malaysia meninggal dunia setiap tahun.

Mengikut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dianggarkan 100,000 rakyat Malaysia mati setiap tahun di sebabkan penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok.

Bercerita mengenai rokok, kisah menarik ini mungkin boleh dijadikan teladan dan inspirasi buat semua perokok yang ingin berhenti merokok. Seorang wanita Indonesia, Dita Sari Wootekh telah mendapat perhatian ramai netizen di negara jiran selepas dia memuatnaik gambar yang menunjukkan sejumlah wang terkumpul hasil duit rokok suaminya.


Difahamkan, suaminya mula berhenti merokok sejak November 2015 lalu. Wang yang sepatutnya digunakan untuk membeli produk tembakau itu telah disimpan setiap hari membolehkan selepas setahun enam bulan mereka telah berjaya membeli sebuah motosikal baru secara tunai.


“Sejujurnya saya ketika itu juga tidak yakin dia mampu berbuat demikian, namun tetap memberi sokongan.

“Dia memilih sendiri berbuat demikian, bukan kerana dipaksa atau dilarang sesiapa. Alasannya kerana mahu hidup sihat.

“Untuk menunjukkan komitmennya, suami saya mengubah bekas akuarium di rumah kami untuk menjadi tabung yang dilabel ‘Power of 20 rb’.

“Setiap hari dia memasukkan 20 rb Rupiah (RM6.40) iaitu jumlah sepatutnya dibayar untuk rokok dan selepas setahun setengah, dia melihat isi ‘tabung’ itu - tidak perlu dinyatakan jumlah dikumpulkan, tetapi cukuplah untuk membeli sebuah motosikal,” katanya.

Jesteru, di bulan Ramadan yang mulia ini marilah menanam azam baru untuk katakan tidak kepada merokok. Kumpul duit dan lihat berapakah hasil wang tabung rokok yang anda akan dapat dalam masa setahun dari sekarang. Apa tunggu lagi! - CARI

15

Bagus
13

Marah
15

Terkejut
13

Sedih
10

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (86 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shark 21-6-2017 03:21 PM
tu baru setahun. kalau 200 tahun mesti boleh beli lamboghini
Quote miemiecha 21-6-2017 03:22 PM
wuihh.. syok nyerrrr
Quote sabar_sabariah 21-6-2017 04:02 PM
Rasanya dulu pernah ada orang buat macam ni
kat Malaysia
masa tu radio ada keluarkan topik pasal berhenti merokok ni la
ada lelaki tu telefon
tak ingat dah berapa lama merokok
then 1 hari dia terdetik nak tahu berapa banyak duit dia habis sbb rokok
sbb rasa mcm susah je hidup
asyik tak cukup duit

So dia berhenti merokok
duit beli rokok dia simpan tak ingat berapa lama
dia dapat belikan laptop utk anaknya
pastu dia teruskan aktiviti menyimpan tu
Alhamdulillah apa yg anak bini dia nak dia dapat belikan
Setiap tahun dapat bawak family pergi travel
Quote chinta89 21-6-2017 04:27 PM
wahhhhh baguslah!
Quote prettyuglybabe 21-6-2017 04:38 PM
bini insinyur simpan berapa ringgit sehari nak beli motor baru?
Quote romeor 21-6-2017 04:55 PM
Good job bro
Quote AbukRokok 21-6-2017 05:30 PM
aku pun boleh buat kumpul duit utk isi minyak instead naik public transport
sehari dah lebih RM3

kumpul lama lama mungkin boleh angkat vellfire
Quote armin 21-6-2017 08:47 PM
Tu baru rm6.40 sehari. Kalau rokok malaysia lg mahal.. rm20 sehari gitu.
Quote RatuDunia94 22-6-2017 01:43 AM
Iols lbh kagum dgn konsistensi heols menabung tu..
Quote CiliPadiSedap 22-6-2017 05:20 AM
Suami akak berhenti rokok setelah mimpi berjumpa malaikat maut.. dia ckp tak nak mati sebab rokok.. mohon doa suami uols mimpi yg sama..
Quote -electrifying- 22-6-2017 08:51 AM
pndai dia menabung
Quote JDT 22-6-2017 09:01 AM
Suami saya berhenti merokok dari dec 2015, dia pun simpan rm20 sehari.
Mungkin tak lama lagi, dapeklah den renovate dapur...wakaka
Quote nut.legacy 22-6-2017 11:11 AM
good idea and motivation
Quote kambinggila 22-6-2017 11:20 AM
sabar_sabariah replied at 21-6-2017 04:02 PM
Rasanya dulu pernah ada orang buat macam ni
kat Malaysia
masa tu radio ada keluarkan topik pasal b ...

Ini paling win. Sacrifice nafsu diri sendiri utk kebahagiaan orang lain plus kesihatan diri sendiri.

P/s: rokok mahal kot sekarang. Dunhill 20 dah 17 hengget. kalau sehari sekotak, seminggu dah 119 hengget..
Quote sabar_sabariah 22-6-2017 12:08 PM
kambinggila replied at 22-6-2017 11:20 AM
Ini paling win. Sacrifice nafsu diri sendiri utk kebahagiaan orang lain plus kesihatan diri sendir ...

tapi lucu plak ada satu lawak
girl bagitau boyfriend dia yg suka merokok
"kalau u kumpul duit rokok ni dah boleh beli Mercedez dah"
then boy tanya girlfriend dia, "u hisap rokok?"
girl kata, "tak"
then boy cakap, "mana mercedez u?"

pucuk pangkal kena niat dan nekad kan
kalau nak, semua boleh
Quote yumeina 22-6-2017 02:48 PM
jawapan laki ...aku beli rokok murah jek...3 kotak 16 hengget....mmmm....

kalu taknak..ada saja alasan....
Quote gigahertz 22-6-2017 05:34 PM
RatuDunia94 replied at 21-6-2017 05:43 PM
Iols lbh kagum dgn konsistensi heols menabung tu..

menabuung ni satu pantang larang dia. hari ini menabung hari ini pergi kira berapa dalam tabung.
seeloknya cari bekas tabung yang tak boleh buka. susah nak keluar. esok lusa emergncy kasi pecah la tabung tu.

Quote amukgemuk 22-6-2017 09:52 PM
sabar_sabariah replied at 22-6-2017 12:08 PM
tapi lucu plak ada satu lawak
girl bagitau boyfriend dia yg suka merokok
"kalau u kumpul duit ro ...

haha.. aku baru je nak tulis cerita ni tadi--- perokok cukup bangga benar dgn kepandaian cerita ini---
padahal flaw banyak--- kenapa yg tak merokok tak semena-mena simpan duit bajet untuk merokok?----
samalah dng penagih apa benda pun.... game kat cc, teh tarik, perempuan, tuak, ...
kalau berenti benda2 tu, dan simpan duit yg niat nak guna utk nya.... profit jua akhirnya
Quote batu kikir 23-6-2017 12:15 AM
Orang isap rokok adalah orang yang paling mementingkan diri sendiri je.
Kalau pasal rokok.......RM30 seharipun tak pe. Malam2 pun sanggup pergi beli rokok.
Tapi bila bila bini suruh beli ikan yg mahal sikit (tak kan ikan kembung je hari2)...........bolih lak cakap. "Huishh........mahalnya jenahak kurau ni. Tak payahlah beli". Bukan nak sekilopun cuma sepotong dua je........mungkin harga dia RM30. Bab beli ikan berkira.........tapi dia juga yang melantaknya. Aku memang menyampah orang isap rokok ni. Busuk.

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 09:07 AM GMT+8 , Processed in 0.073462 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top