Tak keterlaluan dikatakan tahun ini laman sosial penuh dengan iklan raya yang berjaya menyentuh banyak perasaan.
Dengan elemen kekeluargaan, kejiranan dan juga makna hari raya itu sendiri digarap dengan pelbagai cara sama sedih, gembira mahupun mencuit hati. Salah satu iklan raya yang baru sahaja dilancarkan sehari lepas, bertajuk Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu oleh Air Anugerah dilihat sukses membuatkan ramai netizen menitiskan air mata. Mendapat sentuhan lakonan dan juga arahan Fauziah Nawi, maka tidak hairanlah iklan ini berjaya menyampaikan mesej yang sudah terkesan. Loading FB Post...
Jalan ceritanya tidaklah complicated namun cukup mengesankan. Ia mengenai seorang ibu yang sedang uzur dan tiada tempat bergantung kerana anak-anak lelakinya mementingkan diri. Namun, dia bernasib baik kerana Tijah anak perempuannya sanggup menggalas tanggungjawab itu, meskipun keadaan diri sendiri yang sukar dan serba kekurangan. Tindakan anak-anak lelaki yang sepatutnya menjaga ibu tetapi sebaliknya diabaikan dengan memberi pelbagai alasan. Akhirnya mereka menyesal kerana segalanya sudah terlambat. Ibu mereka telah dipanggil mengadap Ilahi. Yang uniknya, Amin anak kepada Tijah yang menyaksikan bagaimana ibunya sanggup bersusah payah menjaga nenek sehinggalah meninggal dunia adalah individu paling terkesan. "Nanti bila Amin besar, Amin nak jaga mama macam mana mama jaga nenek." Begitulah yang diucapkan oleh anak kecil itu ketika hari ibu kepada Tijah meninggal dunia. Di ruangan komen, netizen meluahkan rasa sedih dan berkata iklan ini mengingatkan memori dengan ibu masing-masing. Nampaknya ia memang memberi impak kepada mereka! "Sis jeles pada yang masih mempunyai ibu dan bapa. Bila menjelang hari raya, teringat sangat-sangat keduanya. Allah sahaja yang mengetahuinya." "Wanita itu beri contoh hebat kepada anak kecilnya.." Bagaimana pula dengan anda? Mungkin sudah berasa tidak sabar untuk mencium tangan dan memeluk ibu pada hari raya ini? - CARI |
33
Bagus |
13
Marah |
13
Terkejut |
3
Sedih |
4
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
manehnya replied at 21-6-2017 04:00 PM
kan dh menagis sensorang tgok, ni yg malas nk buka tgk huhu
idakamaruddin replied at 21-6-2017 04:37 PM
thn ni byk iklan menangis
yg iklan pelaburan mara tu teresak2 iols tgk
manehnya replied at 21-6-2017 04:41 PM
yg iklan tu aku mmg x click nk tgk, kalu tgk mgkin teresak2 jugak, sbb komen2 pun kata sedih amat, ...
idakamaruddin replied at 21-6-2017 04:37 PM
thn ni byk iklan menangis
yg iklan pelaburan mara tu teresak2 iols tgk
ADVERTISEMENT