CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

21 Kamera Sistem AWAS Dipasangkan Di Seluruh Negara Termasuk 7 Kawasan Panas

22-6-2017 05:28 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2963| Komen: 32


sumber : Internet


Sehingga kini sebanyak 21 kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) atau sebelum ini yang dikenali sebagai Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) telah dipasang di seluruh negara dan termasuk tujuh yang dipasang pada musim perayaan ini di lokasi dikenal pasti sering berlaku kemalangan maut.

Memetik laporan Bernama, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPJ, Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata dua daripadanya dipasang di laluan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2 ) di KM 256.1 Lebuhraya Pantai Timur 2 berhampiran Cheneh dan di KM 288.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 berhampiran Chukai.

Wan Ahmad Uzir berkata pihaknya tidak akan bertolak ansur kepada pengguna yang melakukan kesalahan seperti langgar lampu merah, menggunakan telefon bimbit ketika memandu, (memandu melebihi) had laju, menggunakan lorong kecemasan dan tidak memakai tali pinggang keledar.


"Pada musim perayaan ini tindakan maksimum sebanyak RM300 akan dikenakan jika dikesan melakukan kesalahan tersebut manakala RM150 dikenakan pada luar musim perayaan."

Sementara itu, sebanyak 82,054 keping saman telah dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi sistem AWAS bagi tempoh 15 April hingga 19 Jun tahun ini.

Menerusi jumlah itu kesalahan had laju mencatatkan rekod tertinggi iaitu 72,806 kes, diikuti kesalahan lampu isyarat sebanyak 9,248 kes, katanya.- CARI


4

Bagus
5

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 22-6-2017 05:52 PM
mmg buat duit.. alhamdulillah
Quote detikhati 22-6-2017 10:54 PM
Huhu lokasi-lokasi dia tak bagi tau ke
Quote EJALTI 22-6-2017 11:09 PM
Cara mudah tambah pendapatan Kementerian Keewangan...
Quote Burong_Hantuk 22-6-2017 11:13 PM
sukor kerna ada jet peribadi milik sendiri.tak perlu susah letih memandu
Quote batu_bergolek 22-6-2017 11:40 PM
Rasanya haritu kat lpt2 ada pasang, 2 biji, sekitar area yg ada mpv langgar divider, sampai tercabut enjin mpv tu. Kalau aes dapat kurang kemalangan maut, baguslah. Kalau tak nak kena saman, bawaklah ikut speed limit.
Quote batu kikir 23-6-2017 12:02 AM
Nak tanya pengamal2 undang2.......especially sahabat aku @Maideen.
Saman yang diterima mengguna AES, saman ekor bagai............adakah sah disisi perlembagaan? Sebab kaedah tersebut tiada konsep mendidik atas kesalahan yang dilakukan. Kemungkinan manipulasi bolih berlaku. Contoh: sipenjahat mengguna jenis kereta, warna dan plet (tipu) yang sama dengan kita. Last2 kita yang kena saman.



Quote InVendeTTa 23-6-2017 12:09 AM
aku setuju sgt..lantaklah org kata songlap duit ke ape..iolls stress bawak kat hiway asek kena beam keta kerek..aku nak tukar lane pecut keta bawak slownya hamat pon dah menyilau keta2 poyo ni mintak laluan vip ..kelentong sgt ade emergency bawak lelaju..
Quote Maideen. 23-6-2017 12:33 AM
batu kikir replied at 23-6-2017 12:02 AM
Nak tanya pengamal2 undang2.......especially sahabat aku @Maideen.
Saman yang diterima mengguna AES ...

Mmmmmm.......dari segi perlembagaan yer...;)

Dia selalunya kalau kita nak celen sesuatu undang undang itu dari segi perlembagaan, kita celen dari segi personal liberties (yakni kebebasan peribadi) - i.e bebas untuk bergerak (orang tak boleh halang pergerakan kita), bebas untuk hidup (orang tak boleh ambik nyawa kita), bebas untuk  beharta (orang tak boleh ambik harta kita), bebas mengamalkan kepercayaan agama dsbnya, melainkan sekatan atau penafian itu di buat menurut undang undang. Kerap juga celen itu di buat apabila kesamaan dihadapan undang undang dirasakan dicabul.

Kebebasan bawak motokar laju laju rasanya tak ada dalam perlembagaan bro.

Itu pendapat aku lah BK, mungkin ada orang lain, lebih panjang akalnya dan boleh cuba celen undang undang itu.
Quote kambeng_masam 23-6-2017 03:21 AM
Edited by kambeng_masam at 22-6-2017 10:24 PM

Kat negara yg aku duk skang ni, penggunaan AES ni dah lama bermula. Hasilnya?

Orang bawak slow masa tang ada camera. Pastu patuh dgn lampu isyarat...sebabnya saman bukan sket2. Over speed limit kena saman 500. Kalau langgar lampu merah hambek kau saman 5000!

Tapi, tang tempat yg takde sistem pengawasan...depa bawak mcm haram. hat laju bawak laju, hat bawak mcm beruk dapat stereng pun tak kurang. Macam kata porummer batu kikir di atas, ianya tak mendidik pengguna trafik langsung. Mmg org takut kena saman, tapi tang lain tetap ada heksiden mati2 bagai.

Said that, however, aku setuju je AES ni. At least meet the real purpose....kasi org bawak slow kat area tu. Cadangan aku ialah, kalau kata kat satu highway berjarak 100km, bubuh la sepuloh ke apa, 5 bijik yg real, the rest just cover je tifu2. Org gerenti akan drive slow nya bawak kat situ.
Quote saladin780 23-6-2017 04:38 AM
Kerajaan mmg nk buat duit pun..kalu x nk jadi bodo sedekah duit free kt gomen bawaklah keta elok2 bukan cam setan
Quote drivethru 23-6-2017 05:21 AM
Aku bab laju ni x heran sangat. Yg geram, orang guna laluan kecemasan.
Quote scorpionkiki 23-6-2017 05:27 AM
Maideen. replied at 23-6-2017 12:33 AM
Mmmmmm.......dari segi perlembagaan yer...;)

Dia selalunya kalau kita nak celen sesuatu undang  ...


I ada kawan melayu yg pasang speed camera di london...dia kena saman pasal exceeded the speed limit...dia lawan di court bgtau kelemahan camera tu...dia menang..     

Agaknya bokeh tak kita blh buat camtu gak..?
Quote Maideen. 23-6-2017 07:20 AM
scorpionkiki replied at 23-6-2017 05:27 AM
I ada kawan melayu yg pasang speed camera di london...dia kena saman pasal exceeded the speed li ...

Kalau pasal kamera tak ikut prosedure pemasangan ka atau ada kesalahan teknikal padanya ka, dsbnya memang boleh bro.
Seingat Maideen dii negra kita pon pernah orang celen denda yang dikenakan keatasnya sebab tak masuk duit dalam parking meter. Dia celen sebab ada undang undang yang DBKL tak ikut. Rupanya ada undang undang yang memerlukan parking parking meter di kalibrasi (yakni calibrated) dahuli di suatu tempat kalibrasi umum.


Macam itu lah lebih kurang.

Wallahualam.
Quote amira_safia 23-6-2017 09:25 AM
Bagus pasang kamera ni, set2 dorang ni memang bengong, jenis yang tak tau ikut peraturan.
Quote Eva_yy_Ellin 23-6-2017 09:52 AM
No big deal.
Kalau tak nak "derma" wang kepada kerajaan, ikut la peraturan yang ditetapkan.
Simple.
Quote slyfynx 23-6-2017 10:15 AM
Aku ok je kalau nk buat mcm ni.
Tp better buat sistem macam negara lain yang ade info bape speed kite bawak real time.
Ni kite dapat saman kite pun x igt dah time tu bawak laju ke tidak.
Kite sendiri x pasti sensor die calibrate betul atau tidak.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 02:59 AM GMT+8 , Processed in 0.044907 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top