CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Tetamu’ majlis kenduri kebas beg duit

20-8-2013 09:50 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16399| Komen: 125

Kaki Rembat Duit Ketika Majlis Kenduri Kantoi 

Gambar hiasan


Kepala Batas, 20 Ogos :  Dua wanita menggunakan taktik menyamar sebagai tetamu majlis perkahwinan sebelum cuba melarikan beg duit milik ahli keluarga pemilik rumah berkenaan dalam kejadian di Paya Keladi Tengah, dekat sini, kelmarin.

Dua tetamu tidak diundang berusia lingkungan 30-an itu sanggup tidak menjamah makanan seperti tetamu lain, tetapi  terus masuk ke rumah Hashim Yaacob, 40-an, sebelum cuba melarikan beg adik ipar Hashim yang mengandungi  RM3,000 serta beberapa dokumen penting.

Bagaimanapun, gelagat pelik mereka disedari Hashim sebelum meminta beberapa penduduk menahan kedua-dua wanita berkenaan dan pemeriksaan mendapati beg adik iparnya berusia 43 tahun berada dalam beg galas seorang daripada mereka.

Menurut Hashim, dia tidak mengenali dua wanita terbabit yang mengunjungi rumahnya jam 4 petang dan berpura-pura seperti tetamu lain.

  “Dua wanita itu terus masuk ke rumah, tetapi dalam keadaan yang pelik. Saya mengesyaki sesuatu lalu memerhatikan gelagat mereka.

  “Hanya dalam beberapa minit, mereka beredar tanpa menjamah makanan dengan seorang daripadanya menggalas beg,” katanya di sini, semalam.

  Ketika dua wanita terbabit menghampiri sebuah  Perodua Myvi berwarna putih yang dipandu rakan mereka tidak jauh dari rumah itu, katanya, penduduk bertindak menahan mereka.

  “Pada mulanya seorang daripada wanita itu tidak mengaku mengambil beg milik adik ipar saya, tetapi selepas siasatan mendapati beg adik ipar saya memang berada dalam beg galasnya.


  “Rakan mereka yang sedang menunggu dalam kereta segera beredar sebaik menyedari dua rakannya ditahan penduduk sebelum kami menghubungi polis," katanya.


11

Bagus
4

Marah
10

Terkejut
9

Sedih
1

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (43 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alieyrina 20-8-2013 07:32 AM
Lenkali pukau la dulu tuan umah  

Kalau x penuh ilmu di dada x payahla mencuri..kan dah kantoi..tah berapa umah lagi depa duk wat keja ni  
Quote shahx 20-8-2013 07:38 AM
kat facebook dah tersebar gambarnye... siap bergari lagi...
Quote keraskhejong 20-8-2013 07:38 AM
ni mesti dh bnyk kali buat ni....
sepandai2 tupai melompat...
Quote card_reader 20-8-2013 07:40 AM
la dekat je ngan area rumah aku..............
Quote Simunggu 20-8-2013 07:41 AM
alhamdullilah di Sabah tak ada lah kes ganjil mcm ini....ini mesti pengarus negara jiran nee..dasar pendatang...
Quote pelukis.plan 20-8-2013 07:46 AM
tak ada gambar ke?
nak gak tengok..
Quote debab_78 20-8-2013 07:47 AM
dah tgk gambar 2 pesalah ni kat fb aritu.
berbaju kurung naif segala kalo nengoknya...
Quote MissNigga 20-8-2013 07:48 AM
shahx posted on 20-8-2013 07:38 AM
kat facebook dah tersebar gambarnye... siap bergari lagi...

tapak ar pic tu katporem
Quote gaara_X 20-8-2013 07:50 AM
kasi belash dulu.....hehehehheeee
Quote tongkatwaran75 20-8-2013 07:50 AM
MissNigga posted on 20-8-2013 07:48 AM
tapak ar pic tu katporem

@MissNigga

kan aku dh lantik hang keje tepek gambar...
tepek ar...plz...

p/s aku takleh...takdok akaun FB....

Last edited by tongkatwaran75 on 20-8-2013 07:53 AM

Quote shernazz 20-8-2013 07:52 AM
dolu kenduri pakteh aku pon begini
minah tu mengandung.. .mintak tumpang solat..
pastu izinkan aje la kan...
dia kuar, beg hilang
dia entah ke mana...nguks sungguh
padahal simpan dalam lemari tuuu...sorok2..
dia tau gak
Quote MissNigga 20-8-2013 07:53 AM
tongkatwaran75 posted on 20-8-2013 07:50 AM
@MissNigga

kan aku dh lantik hang kaki tepek gambar...

masalahnya berita ni tak kuar kat mukabuku iols ...
kalo tak..mmg dah tolong tepekkan
Quote fire_place 20-8-2013 07:55 AM
Kalau kenduri ni..kena lah letak org kat umah.satu dapur,satu tengah,satu depan.untuk rumah yg beso lah.

Coz taktik ni banyak kali dh dibuat.ramai jd mangsa.buat2 makan..pastu konon2 tumpang tandas.tuan rumah tengah sibuk,kita ni pulak ngtkan saudara ke apa ke.akhirnya bila selesai majlis bnyak lesap
Quote shahx 20-8-2013 07:57 AM
sbb tu elok buat majlis kat dewan je...
Quote cikatilia 20-8-2013 07:59 AM
shahx posted on 20-8-2013 07:38 AM
kat facebook dah tersebar gambarnye... siap bergari lagi...

wow really? share pls
Quote nicuya 20-8-2013 08:34 AM
be aware la...dh byk mcm ni...tetamu@menyamar jd tetamu pastu konon nk tumpang bilik air dan nk tgk bilik pengantin...pastu time tu la habih dikebasnye..jahanam betol org mcm ni
Quote alladeen 20-8-2013 08:34 AM
bnyak dh kejadian cmni..makcik aku dlu pn beg kena kebas gak

yg pling x menahan kaki kebas tu salah sorang rombongan pengantin lelaki

Quote xpdckelate 20-8-2013 08:38 AM
dah banyak kes rembat duit orang dekat majlis kawin ni,selalu sebab salah pemilik beg tu jugak,main letak jah...patut tuan rumah sediakan satu bilik khas,ada peti besi untuk simpan beg sanak saudara yang hadir....sekian
Quote gekkou 20-8-2013 08:51 AM




beliau ini kah? Last edited by gekkou on 20-8-2013 08:53 AM

Lihat semua komen(125)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.184726 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top