"Sebelum kami kahwin, saya tak pernah tahu yang Izham pandai masak dan suka bantu saya mengemas rumah. Apabila dah duduk serumah ini, barulah saya tahu itu perangai sebenar dia." Demikian luahan pelakon popular Mia Ahmad mengenai perangai sebenar suaminya iaitu penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi Roslan selepas mendirikan rumahtangga. Memetik laporan Mstar, Mia berkata dia tidak sangka suaminya suka memasak dan membantunya dalam melakukan kerja-kerja rumah. "Kalau suami nampak saya sibuk di dapur, terus dia datang membantu tanpa disuruh selain menawarkan diri mengemas rumah," kata Mia. Mia atau nama sebenar Shamiha Ahmad Baderi dan Izham, 26, berkahwin pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak.
Biarpun sudah hampir tujuh bulan menjadi suami-isteri, Mia masih belum berkesempatan untuk berbulan madu disebabkan jadual pasukan bola sepak suaminya yang padat. Malah, pasangan ini hanya dapat menyambut hari raya bersama selama dua hari sahaja di kampung halaman Mia yang terletak di Taiping. Tahun ini merupakan tahun pertama mereka berhari raya sebagai suami-isteri.- CARI
|
32
Bagus |
20
Marah |
45
Terkejut |
42
Sedih |
16
Lawak |
29
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
idakamaruddin replied at 27-6-2017 11:11 AM
geli statement mcmni...
CiliPadiSedap replied at 27-6-2017 11:25 AM
cm kau sorang ada laki..
sepitsiput replied at 27-6-2017 11:40 AM
biasa retis/perempuan yg dok canang suami sweet begitu begini sure layanan suami di ranjang begitu m ...
adelea replied at 27-6-2017 01:13 PM
pathethic la kau ni
ko tak glamer , sbb tu tak leh masuk paper nak citer laki aku best ...
ADVERTISEMENT