Dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, sebanyak 64 kes penipuan bomoh dengan jumlah kerugian sebanyak RM2.7 juta dilaporkan membabitkan mangsa yang menganut pelbagai agama dan kepercayaan berlaku di seluruh negara akibat taksub dengan aktiviti perbomohan. Memetik laporan Kosmo, Ketua Penolong Pengarah Siasatan Jenayah Komplot/Jenayah Pemalsuan, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Chong Mun Phing berkata kebanyakan mangsa terpedaya dengan dorongan suspek yang menggunakan pelbagai taktik bagi memancing mereka. "Antara taktik memamcing mangsa yang taksub adalah kononnya mampu membuang sial, mengubati penyakit serta tidak kurang juga yang percaya ramalan bomoh untuk memenangi nombor ekor." Tambah Datuk Chong, sebanyak 15 kes dicatatkan di Johor dengan mangsa mengalami kerugian sebanyak RM423,858 setakat bulan Mei 2017.
Manakala Selangor pula mencatatkan kerugian paling besar dengan jumlahnya melebihi setengah juta ringgit.- CARI
|
16
Bagus |
8
Marah |
15
Terkejut |
24
Sedih |
12
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT