Siapa yang tidak fobia dengan kehadiran serangga dan haiwan perosak di dalam kediaman, lebih-lebih lagi pada musim perayaan ini.
Bayangkan tetamu terlihat tikus, lipas dan semut berpesta di kawasan dapur anda. Mahu pengsan pula rasanya nanti. Paling tidak pun, andakan akan dicop sebagai pengotor, tidak pandai mengemas rumah sehingga menyebabkan dapur menjadi sarang pelbagai haiwan perosak. Pening juga memikirkan cara terbaik untuk menghalau haiwan ini kan? Jangan risau, seperti yang dipaparkan menerusi laman Petua Ibu, kaedah berikut anda boleh anda cuba. Ia mampu mengusir bukan sahaja tikus, malah pelbagai serangga perosak lain seperti siput, siput babi, kumbang, lipas dan sebagainya. Cara-caranya: 1. Keringkan kulit telur yang telah digunakan. 2. Hancurkan kulit telur itu sehingga menjadi serbuk. 3. Taburkan di kawasan yang hendak dibasmi. 4. Jika di kawasan tanaman (kebun), anda boleh menaburkan serbuk kulit telur pada sekeliling tanaman. 5. Ia mampu mengusir haiwan perosak kerana ia boleh menyebabkan mudarat pada 'mereka'. Dikatakan ketika terkena serbuk kulit telur itu, haiwan tersebut akan menggeliat, bergerak dan berputar serta akhirnya mati. Selamat mencuba! - CARI |
24
Bagus |
19
Marah |
21
Terkejut |
15
Sedih |
15
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Artemesiaa replied at 28-6-2017 06:36 PM
Wah menarik petuanya, tapi kalau dia mati atas bumbung susah pulak nak membuangnya
Teru2Bozu replied at 28-6-2017 11:27 PM
untuk basmi cicak boleh tak? tension aku umah byk cicak.
handbagpink replied at 28-6-2017 11:55 PM
Rumah i pun banyak cicak.. Lipas,tikus tu alhamdulillah takda lagi la..
RatuDunia94 replied at 28-6-2017 11:09 PM
Jarang tikus mati atas bumbung.. Besenya dia akan mati bawah sinki, dlm bilik air, longkang or t ...
AznieBunnie replied at 29-6-2017 10:08 AM
betul! rumah kami pun byk cicak. tgh tgk tv, depa main kejar-kejar la plak, smpi terjatuh depan ka ...
Teru2Bozu replied at 28-6-2017 11:27 PM
untuk basmi cicak boleh tak? tension aku umah byk cicak.
KimoraHakim replied at 29-6-2017 11:01 PM
nak bunuh cicak takde cara lain dah kecuali pukul kuat kuat pakai penyapu. biar mampus terus. mema ...
KimoraHakim replied at 29-6-2017 03:01 PM
nak bunuh cicak takde cara lain dah kecuali pukul kuat kuat pakai penyapu. biar mampus terus. mema ...
AznieBunnie replied at 29-6-2017 10:08 AM
betul! rumah kami pun byk cicak. tgh tgk tv, depa main kejar-kejar la plak, smpi terjatuh depan ka ...
Teru2Bozu replied at 30-6-2017 01:28 PM
geli la. hee.. pastu ada yg spisis beso badan bintik2. sudahnya, aku yg lari
AlienGurlz replied at 30-6-2017 01:31 PM
Aku lagi geli dengan lipas berbanding cicak. Kucing aku pernah main dengan cicak yang mati ...
Teru2Bozu replied at 30-6-2017 11:43 PM
Lipas tak ada kat umah aku. muncul skali skala je. itu pun mau setengah botol racun penyembur aku ...
ADVERTISEMENT