Berikutan laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris The Star hari ini, polis mengesahkan menerima laporan kehilangan barangan sistem peralatan radar ketenteraan.
Memetik BH Online, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad berkata, pihaknya menerima laporan daripada pihak Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) pada 13 Jun lalu. "Saya mengesahkan ada menerima laporan daripada pihak PTP pada 13 Jun lalu berhubung kehilangan barangan berkenaan. "Polis difahamkan ketika ini Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), PTP dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sedang menjalankan siasatan," katanya kepada BH.
Sebelum itu, radar tentera itu dipercayai transit dari Australia menuju ke Belanda menerusi Johor, tetapi ditahan JKDM kerana tidak mempunyai kelulusan. Radar berkenaan tiba bulan lalu dalam satu kontena, namun hasil semakan audit mendapati peralatan terbabit tidak lagi berada di PTP sebelum laporan polis dibuat. The Star melaporkan, pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan ia dimuatkan ke dalam kapal lain sebelum dihantar ke Belanda secara rahsia bagi mengelak sebarang masalah. Menurut sumber, barangan terbabit sukar dibawa keluar menerusi jalan darat disebabkan pemeriksaan ketat di pintu masuk dan keluar pelabuhan berkenaan. Sementara itu, sumber PTP memaklumkan pihaknya membuat laporan polis selepas menyedari kehilangan kontena yang memuatkan barangan berkenaan. "PTP juga menjalankan siasatan dalaman berhubung perkara ini, selain memberi kerjasama penuh kepada JKDM dan MITI," katanya. - CARI
|
17
Bagus |
29
Marah |
18
Terkejut |
17
Sedih |
19
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
pembisikmaut replied at 29-6-2017 01:57 AM
Hàhaha ...itu bjkannyà hilang...tetapi disumbanvkan ke negàra lain atas dasaf persaudaraan ...
pembisikmaut replied at 29-6-2017 01:57 AM
Hàhaha ...itu bjkannyà hilang...tetapi disumbanvkan ke negàra lain atas dasaf persaudaraan ...
ADVERTISEMENT