Pilunya hati melihat seorang bapa yang sudah berputus asa, menggali sendiri lubang kubur sebagai persediaan kematian anak perempuannya.
Zhang Liyong, seorang petani dari wilayah Sichuan, China, kecewa apabila dia tidak lagi mampu menanggung kos perubatan anak perempuannya, Zhang Xin Lei, 2, yang menghidap talassemia ketika berusia dua bulan. Memetik Mail Online, Zhang membawa anaknya untuk bermain dan berehat di dalam kubur itu setiap hari supaya anaknya dapat membiasakan diri dengan 'kuburnya'. Zhang dan keluarganya sudah menghabiskan lebih RM63 ribu (100,000 yuan) bagi menampung kos rawatan anaknya dan kini mereka kehabisan wang. "Kami berhutang dengan ramai orang, tetapi mereka dah tak sanggup nak tolong kami lagi," katanya. Ibu kanak-kanak itu, Deng Min kini sedang sarat mengandung hanya mampu menemani dua beranak itu dari tepi sahaja. "Kami dah tak ada pilihan lain," katanya. Menurut Zhang, mereka memutuskan untuk berputus asa daripada mencari sumber untuk menanggung kos rawatan Xin Lei. "Apa yang mampu kami lakukan sekarang adalah menemani Xin Lei bermain di sini kerana suatu hari nanti, di sinilah tempat dia akan bersemadi kelak," katanya. Memetik NHS, talassemia merupakan sejenis penyakit keturunan yang menjejaskan kandungan oksigen dalam darah di mana penghidap penyakit itu memerlukan rawatan sepanjang hayat termasuk pemindahan darah. Talassemia boleh membawa maut sekiranya tidak dipantau rapi dan mendapat rawatan berterusan kerana ia boleh merosakkan organ penghidapnya. - CARI |
8
Bagus |
15
Marah |
23
Terkejut |
18
Sedih |
20
Lawak |
30
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
spiderman80 replied at 29-6-2017 11:14 PM
Spidey pula pembawa penyakit ini.
spiderman80 replied at 29-6-2017 11:14 PM
Spidey pula pembawa penyakit ini.
KILL_NANCY replied at 29-6-2017 11:18 PM
“Apa yang saya mampu lakukan adalah membawanya bermain di sini setiap hari kerana satu hari nanti s ...
stingersattacks replied at 29-6-2017 11:24 PM
Kalau anaknya mati dulu, tapi kalau si bapak yang mati dulu?
spiderman80 replied at 29-6-2017 11:14 PM
Spidey pula pembawa penyakit ini.
KILL_NANCY replied at 29-6-2017 11:25 PM
lagi la susah si anak kan.kesiannya lahai.
spiderman80 replied at 29-6-2017 11:14 PM
Spidey pula pembawa penyakit ini.
stingersattacks replied at 29-6-2017 11:27 PM
You will never walk alone......
Huhuhuhuhu
Minami2013 replied at 29-6-2017 11:28 PM
Pembawa akan efek kpd anak kan? Bertabahlah... moga dipermudahkan...
dauswq replied at 29-6-2017 11:33 PM
pembawa tak bw masalah kt anak kecuali dia jumpa jugak psgn yg juga seorg pembawa..
utk psangan ...
spiderman80 replied at 29-6-2017 11:04 PM
Agensi
Beijing: Seorang bapa yang kecewa kerana tidak mampu lagi menampung kos perubatan anak p ...
spiderman80 replied at 29-6-2017 11:14 PM
Spidey pula pembawa penyakit ini.
ADVERTISEMENT