CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Saya Maafkan Mereka Yang Fitnah Saya"- Tun Mahathir

3-7-2017 12:37 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3250| Komen: 19


sumber : Blog Kelab Che Det


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad menyatakan kesediaannya untuk memaafkan mereka yang pernah memfitnahnya selama ini.

“Tanpa dipinta, saya maafkan mereka-mereka yang sepanjang tahun memfitnah saya khususnya TV3, Utusan Malaysia, New Straits Times, Salleh Said Keruak, Tunku Aziz, Annuar Musa dan beberapa lagi,”  katanya menerusi tulisan di blognya kelmarin.

Beliau yang menyambut Aidilfitri bersama anak dan cucunya di London tahun ini turut mengambil kesempatan memberi ucapan raya kepada perdana menteri.

“Saya ucap Selamat Hari Raya kepada Najib dan keluarganya serta penyokong-penyokongnya," katanya ringkas.

Menceritakan pengalamannya pada raya pertama di London, Tun Mahathir berkata, beliau sempat bertemu dengan penuntut dan mahasiswa Malaysia di negara itu.

“Saya dan isteri berkesempatan berbual-bual dengan hadirin, termasuk penuntut. Saya dapati penuntut tidak langsung bertanya akan keadaan di Malaysia, terutama politik. Mereka ternampak takut walaupun mesra."

Tambah Tun Mahathir, dia diberitahu penuntut bahawa mereka dimarah oleh Kerajaan Malaysia kerana hadir ke majlis yang dia ada dan mereka takut biasiswa mereka ditarik balik. 

"Najib nampak amat takut saya mempengaruhi penuntut. Sebenarnya tidak ada penuntut yang berjumpa saya di masa-masa lain pun."- CARI

sumber : Blog Kelab Che Det

22

Bagus
25

Marah
31

Terkejut
19

Sedih
15

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (134 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 3-7-2017 01:19 PM
Edited by CiliPadiSedap at 3-7-2017 01:22 PM

doa ulamak pada tun mahathir termakbul. bukan ulamak cium mulut umno mahupun ulamak politik.
Quote Skuau 3-7-2017 01:51 PM
CiliPadiSedap replied at 3-7-2017 01:19 PM
doa ulamak pada tun mahathir termakbul. bukan ulamak cium mulut umno mahupun ulamak politik.

Apa doanya?
Quote Simunggu 3-7-2017 01:56 PM
semoga sehat Tun...rehat rehat lah...tu yg terbaik pada usia skg...
Quote chinta89 3-7-2017 02:07 PM
harap org yg tun pitenah pun, deols maafkan ye.
Quote mjla 3-7-2017 07:07 PM
Moga sihat tun
Jibby dok layan openg house je hari2
Quote Maideen. 3-7-2017 07:17 PM
Teringat pula Marshadol Am PAS  Nik Ajis menasihati YAB Tun Dr. Mahathir Mohamed supaya berhenti berpolitik kerana Tun dah tua dan kubor sudah memanggilnya.
Quote sabbath_shalom 3-7-2017 08:55 PM
Edited by sabbath_shalom at 3-7-2017 08:58 PM

Mahathir dengan IC projek dan kes mamali memang bangsat yah

Tak boleh dilupakan.

Lepas ko bagi indon bugis IC .....Lepastu Raja bugis Najib tu lanchau kan pula

Makbul doa pemimpin PAS
Quote Skuau 3-7-2017 09:26 PM
What u give u get back-scorpions.....
Quote ntahapapantah 3-7-2017 10:03 PM
sabbath_shalom replied at 3-7-2017 08:55 PM
Mahathir dengan IC projek dan kes mamali memang bangsat yah

Tak boleh dilupakan.

Yang tu bila dia nak mintak maaf. Royalti minyak jadi wang ehsan habis dia kelepet. Pembelit no.1. di Malaysia. Dulu kata nak bersara dari politik skg apa cerita. Memang layak digelar Uturn Mahathir.
Quote NAT_11 3-7-2017 10:03 PM
Maideen. replied at 3-7-2017 07:17 PM
Teringat pula Marshadol Am PAS  Nik Ajis menasihati YAB Tun Dr. Mahathir Mohamed supaya berhenti ber ...

Dalam ISLAM, kematian bukan satu HUKUMAN.
Semua orang akan mati, tak kira muda atau tua.
Inilah Qudak & Qadar namanya.
Yang dinilai ialah APA SUMBANGAN ANDA SEMASA HIDUP.
Apa sumbangan Nik Ajis dan apa sumbang Tun Det kepada
agama, bangsa dan negara.
Hanya ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI.
Quote Maideen. 3-7-2017 10:16 PM
NAT_11 replied at 3-7-2017 10:03 PM
Dalam ISLAM, kematian bukan satu HUKUMAN.
Semua orang akan mati, tak kira muda atau tua.
Inilah  ...

Janganlah kita tanya apakah SUMBANGAN negra pada KITA.

Tapi TANYA lah APAKAH sumbangan kita pada NEGRA!

Wallahualam.

Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.
Quote apalancut 3-7-2017 10:45 PM
bole aku tanya,kenapa politician suka buat talk atau program dgn budak2 obersea?apakah significannya dgn perkembangan politik negara? baik umno mahupon pembangkang.  mohon pencerahan..
Quote zorrro_03 3-7-2017 11:09 PM
Auta je. Kau ni asal kerala. Sebab tu belit lebih.  Sama je kau dgn bijan bibir merah tu.  Habiskan boreh je.....  
Quote hackermelayu 4-7-2017 07:17 PM
Tun Dan Anak2 sapu duit dulu x bagi balik pada Rakyat?  Tun pun sama mcm NR dan RM...
Quote hackermelayu 4-7-2017 07:18 PM
apalancut replied at 3-7-2017 10:45 PM
bole aku tanya,kenapa politician suka buat talk atau program dgn budak2 obersea?apakah significannya ...

Aku pun x faham jugak ..ada pernah terfikir apa paedah
Quote pulauturtle 5-7-2017 08:11 AM
mamak kutty tak berani sebut nama Anwar Ibrahim. pasal dia fitnah Anwar
Quote keramliangliuk 5-7-2017 08:43 AM
bajet syumul pulakkkk

statement kalah retis pakai tudung bukak tudung
Quote Bedah.Cun 5-7-2017 10:37 AM
Narsisisnye ngkau
Quote saladin780 5-7-2017 10:54 AM
apalancut replied at 3-7-2017 10:45 PM
bole aku tanya,kenapa politician suka buat talk atau program dgn budak2 obersea?apakah significannya ...

Fefeeling urban la berprogram ngan  bebudak oversea..beramas mesra ngan creme of the cream ( betul ke ejaan nih) gituh..stakat stdnt ipta ke poli kolej komuniti lokal ke pandang sebelah mata je dek

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.044933 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top