Kira-kira 1.30 petang kelmarin, seorang bayi perempuan berusia empat bulan meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu di rumah pengasuhnya di Seksyen 19 di Shah Alam. Ketika kejadian, Aira Amira Nurul Ridhuan yang difahamkan merupakan cahaya mata sulung pasangan wartawan Sinar Harian, Nurul Ridhuan Nor Ashaha dan Norhafiza Che Abdullah dikatakan tidak sedarkan diri ketika dikejutkan oleh pengasuhnya. Menurut Nurul Ridhuan, sebelum kejadian, anak perempuannya itu tidur di dalam buaian selepas diberikan susu oleh pengasuh. Nurul Ridhuan berkata pihak hospital akan melakukan bedah siasat ke atas mayat anaknya malam ini sebelum jenazah dibawa pulang ke kampung halamannya di Felda Besout, Sungkai, Perak untuk dikebumikan.
Beliau mengakui masih di dalam keadaan terkejut dan sedih dengan kejadian itu, namun tetap reda dengan pemergian anak sulungnya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat ketika dihubungi Bernama mengesahkan polis menerima laporan berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 3.35 petang daripada pihak hospital. "Buat masa ini, polis masih menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kematian dan sebarang tindakan susulan bergantung kepada laporan bedah siasat itu."- CARI |
11
Bagus |
14
Marah |
23
Terkejut |
13
Sedih |
17
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
tokwanjantan replied at 4-7-2017 12:44 PM
Pada ibu bapa yg ada bayi dan hantar ke nursery atau rumah penjaga, gunakanlah puting susu x cut ata ...
ADVERTISEMENT