|
Baru-baru ini, tular di media sosial rakaman sebuah video yang memaparkan beberapa buah kereta polis mengejar sebuah van yang sedang melarikan diri.
Ianya sekaligus mengakibatkan beberapa buah motosikal yang diparkirkan di tepi jalan turut dilanggar termasuk hampir melanggar beberapa orang awam. Video viral yang berdurasi 18 saat itu dirakam di Lebuh Campbell dan dimuat naik ke Facebook sehingga menimbulkan pertanyaan di kalangan pengguna maya. Rata-rata rasa hairan kenapa kejadian berbahaya itu dapat dirakam, apakah ia kejadian yang sebenar atau lakonan semata-mata.
Memetik laporan New Straits Times, ianya bukanlah kejadian sebenar, sebaliknya hanya lakonan sahaja untuk filem aksi Hong Kong yang akan datang. Menurut penerbit filem Hong Kong, Herman Yau aksi kejar mengejar itu adalah untuk rakaman filem aksinya yang bertajuk, "The Leaker". Difahamkan, jalan tersebut juga telah ditutup sejak tengah hari Sabtu sehingga waktu petang untuk memberi laluan kepada produksi berkenaan membuat penggambaran. Tiada kemalangan jiwa yang berlaku semasa penggambaran itu dan orang ramai dinasihatkan berhenti membuat spekulasi dan menyebarkan informasi yang berunsur palsu.- CARI |
|
5
![]() Bagus |
6
![]() Marah |
24
![]() Terkejut |
5
![]() Sedih |
14
![]() Lawak |
4
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
5-2-2026 04:49 PM GMT+8 , Processed in 1.235899 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.