Selepas tularnya Nasi Lemak Anak Dara, Nasi Lemak Pondan dan sebagainya, kali ini 'Hello Kitty' pun nak mencuba nasib juga! Walaupun baru beberapa hari diperkenalkan, nasi lemak berwarna merah jambu dengan identiti comel Hello Kitty itu sememangnya menarik perhatian ramai. Memetik Sinar Harian, dua sahabat yang tergila-gilakan warna 'pink' terang itu mendapat idea untuk menjual nasi lemak Hello Kitty berwarna merah jambu dengan kereta Perodua Kelisa yang diubah suai dengan karakter kartun kucing comel terbabit. Menurut Nurul Aida Zulkifli, 29, watak kartun Hello Kitty dijadikan tarikan untuk melariskan nasi lemaknya yang juga merupakan air tangan rakan kongsi, Zaharina Mohd Tahar, 32 dan dijual pada harga RM3.50 sepeket. "Aksesori kereta saya semuanya ditukar warna 'pink', kereta di cat warna 'pink' dihias dengan patung Hello Kitty bagi menarik pelanggan. "Kami juga pakai pakaian warna 'pink' memulakan perniagaan dari jam 7 pagi hingga 9 pagi," katanya. Aida yang berasal dari Kampung Kok Pasir, Tumpat, itu mengakui sudah menghabiskan sebanyak RM4,000 untuk modifikasikan keretanya itu. Tambah ibu kepada dua anak itu, mereka juga menjual nasi lemak secara dalam talian dan menghantar kepada pelanggan menaiki kereta Hello Kitty berkenaan. "Petang Jumaat ini saya akan buka 'carboot' berniaga nasi lemak berdekatan dengan pasaraya Tesco Kota Bharu, sesiapa yang mahu mengikuti perkembangan nasi lemak Hello Kitty boleh ikuti di Facebook Mdm Ngoh Ediey," katanya. - CARI |
16
Bagus |
9
Marah |
11
Terkejut |
25
Sedih |
24
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
rospinki replied at 12-7-2017 12:35 PM
eeuuu..telo tu overcooked dek.. 1 bintang utk presentensen
krustykrab replied at 12-7-2017 12:42 PM
nape kalau overcookd? tak baik tuk kesihatan ke sis?
rospinki replied at 12-7-2017 12:48 PM
amat2 tk baik utk kesihatan..selain mnghilangkan zat telo tu sndri secara tk langsung ia menyerap ...
Changa replied at 12-7-2017 12:52 PM
kat rumah akak ada peranti sous vide , kalau nak rebus telur memang boleh setting ikut macam2 kesu ...
rospinki replied at 12-7-2017 12:58 PM
bestnya..tak guna bgi kat akak je la
jujurin kaka dh too used buat keje ni..nk buat telo sepa ...
rospinki replied at 12-7-2017 12:35 PM
eeuuu..telo tu overcooked dek.. 1 bintang utk presentensen
ADVERTISEMENT