RM400,000, bukan sikit nilai tu. Macam mana Didie Alias boleh berdepan saman sehingga sebanyak tu ya? Memetik BH Online, penerbit drama, Datuk Rafena Ezanee Ramli mengemukakan saman terhadap pelakon berkenaan atas dakwaan melanggar kontrak dan mengaibkan dirinya.
Sehubungan itu, Hakim Nik Nasimah Nik Mohamad menetapkan 14 November hadapan untuk perbicaraan tuntutan saman ganti rugi oleh Rafena yang akan berlangsung selama empat hari. Rafena dan syarikat penerbitannya, Dark Wave Pictures Sdn Bhd (Dark Wave) memfailkan saman berkenaan terhadap Didie pada 21 Mac lalu di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Sesyen melalui firma guaman Tetuan Zamri Idrus & Co.
Berdasarkan pernyataan tuntutan itu, Didie selaku penerbit eksekutif bagi rancangan travelog 'Street Food Asian' terbitan Dark Wave didakwa cuai atau gagal memastikan mutu rancangan berada pada tahap memuaskan seperti termaktub dalam perjanjian yang dimeterai pada 7 Oktober tahun lalu, sehingga menyebabkan Rafena kerugian. Didie juga berdepan dakwaan sengaja mengaibkan Rafena berhubung pengeluaran dan penerbitan travelog berkenaan menerusi laman Instagram dan akhbar. Selain menuntut ganti rugi am sebanyak RM400,000, Rafena turut menuntut ganti rugi khas sebanyak RM7,000 kerana trauma dan emosi terganggu. Semoga kes mereka ini tak berpanjangan lah ya. Apapun, Didie tetap mantap bergaya walaupun hadir ke mahkamah. - CARI |
16
Bagus |
17
Marah |
26
Terkejut |
23
Sedih |
18
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
wismacibanteng replied at 13-7-2017 11:03 AM
hahaha bisa bisa Cek Saldo JHT BPJS Ketenagakerjaan
bottombikini replied at 13-7-2017 11:58 AM
menjadi betul production house si rafiena ni ye
bukan cikai2 nengok ofisnye kemain cantik siap ada ...
bobok_berhabok replied at 13-7-2017 11:41 AM
kes apa ni . tak ingat pon
chikumanis replied at 13-7-2017 12:04 PM
dapat title dato' dari bauksit ka??
ADVERTISEMENT