Kisah bagaimana perkhidmatan hospital kerajaan dihentam dan dikutuk bukan lagi perkara asing. Namun, bila bercakap tentang kebaikan tak ramai yang ingin menyebarkannya. Disimpan rapi hanya untuk pengetahuan orang terdekat sahaja. Pengalaman yang satu ini sangat membuka mata ramai pihak tentang kelebihan dan kebaikan yang ada pada para pekerja dalam bidang bidang kesihatan ini. Seperti yang dikongsikan oleh seorang wanita, Nurul Shazalina Zainudin yang bukan sahaja terkejut kerana mendapat bil yang tersangat murah iaitu RM3, malah layanan para doktor yang sangat baik. "Tak sangka sangat bil Hospital Serdang sangat2 murah..Saya jangkakan dalam rm300++ walaupun di hospital kerajaan sebab melibatkan pembedahan. "Bila dapat bil, kos sebenar rm1200++..Tapi perlu bayar rm3 sahaja," tulisnya yang nyata tidak menyangka hal itu, menerusi Facebook miliknya. Bukan itu sahaja, dia turut memuji keadaan bilik yang sangat selesa meskipun cuma kelas 3, makanan yang sedap dan sikap doktor yang cuba menggembirakan anaknya. "Paling sy tersentuh doktor pakar dalam bilik bedah cuba gembirakan anak saya. Mcm2 dia cerita. "Bila anak dah tertidur, doktor tu suruh cium pipi anak dulu sebelum saya keluar. Nak menitis air mata tadi," katanya lagi. Perkongsian ini mendapat respon yang sangat positif daripada netizen lain. Mereka turut memuji servis hospital tersebut dan juga berkongsi pengalaman yang sama ketika berada di wad. Kesimpulannya, tak salah mengkritik demi kebaikan namun rasanya lain kali boleh menggunakan pendekatan lain yang lebih berkesan dan bukan cuma ditambah makian untuk puaskan rasa amarah sendiri. Perkongsian seperti inilah yang patut disebarkan di mana-mana. - CARI |
16
Bagus |
14
Marah |
5
Terkejut |
16
Sedih |
23
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
haryatie replied at 14-7-2017 09:35 AM
owhh dapat subsidi patut laa..
kalau xde subsidi kena bayar mahal jugak
lain org, lain pengalaman ...
shiedafaizal replied at 14-7-2017 11:13 AM
ada kategori ke nak dapat subsidi ni?
ADVERTISEMENT