Wah, wah, wah! Subur betul Nadya Syahera Rosli ini ya? Dia kini hamil lagi walaupun anak sulung baru menginjak usia empat bulan. Itulah rezeki namanya!
"Sebenarnya sejak raya lagi saya dah rasa tidak sedap badan dan seminggu lalu mula alami alahan muntah yang teruk sehingga langsung tak boleh nak makan. "Mengesyaki mungkin berbadan dua, baru-baru ini saya buat ujian kehamilan sendiri di rumah dan keputusannya memang positif," katanya kepada mStar Online. Nadya, 24, menjelaskan dia dan suami, Fizul Nawi, 25, akan bertemu doktor dalam waktu terdekat bagi mendapat keputusan rasmi berhubung perihal kehamilannya.
Pasangan mana tak gembira dengan perkhabaran berita soal kehamilan, bukan? Pun begitu, aktres berkenaan akui dia masih terkejut dengan berita gembira itu. "Yalah, anak pertama baru berusia empat bulan, tiba-tiba yang ni dah 'lekat' tanpa sempat saya makan pil pencegah kehamilan (ketawa). "Tapi tak mengapalah, kami terima dengan hati terbuka dan anggap ia sebagai rezeki Allah," ujarnya. Terdahulu, Nadya dan Fizul mendirikan umah tangga pada 25 September 2016 dan dikurniakan puteri sulung bernama Aleena Rose. Murah rezeki betul pasangan ini ya? Tahniah sekali lagi diucapkan buat Nadya dan Fizul. - CARI
|
35
Bagus |
31
Marah |
38
Terkejut |
32
Sedih |
27
Lawak |
34
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Changa replied at 17-7-2017 11:19 AM
birah nya kau dek, asyik beranak jah...
bukan main lagi kau kan?? puki yang lepas beranak itu pun t ...
apedehal replied at 17-7-2017 11:38 AM
ka changa ni asek nak bersuap ja
prettyuglybabe replied at 17-7-2017 11:42 AM
yang pertama pun tak mampu rancang, inikan pulak yang kedua
kembangbunga replied at 17-7-2017 11:50 AM
Keji sgt statement uolss! Hahahaha
ADVERTISEMENT