Siapa yang tidak berasa sedih dan kecewa apabila tetamu yang berjanji untuk datang berkunjung, batang hidung pun tak nampak sampai ke sudah.
Bukan itu sahaja, makanan juga sudah dimasak dengan mengambil masa sehari suntuk. Kepada siapa pula yang hendak diberikan makanan tidak terluak langsung itu? Begitulah yang dikongsikan oleh seorang netizen, Izan Mohd Nor menerusi sebuah grup di laman Facebook. "Sayu pilu sebak, tak tahu nak cakap macam mana..janji nak datang rumah hari ini. "Cakap sebelum pukul 4, pukul 4 cakap sangkut kat rumah kawan..janji pukul 6..sampai sekarang tak datang..takda mesej takda apa.." luah Izan.
Berdasarkan gambar yang dimuatnaik, juadah yang dimasak juga bukanlah jenis 'campak-campak'. Antara yang dimasak termasuklah nasi dagang, gulai ikan tongkol, mihun dan juga acar timun. Memang menyelerakan, namun sayang tiada siapa yang mahu menjamahnya. Netizen lain juga turut menyuarakan rasa marah dengan situasi dialami oleh wanita ini. "Dugaannya kan, pernah kena juga, dah masak kaw-kaw, tiba-tiba tak datang dan tak maklumkan.." "Orang macam ini memang tak disiplin langsung. Dah janji buat la cara janji. Menyusahkan orang je." Ada juga yang seakan berdendam dan mahu mengeluarkan sekadar biskut kering sahaja, jika ada tetamu yang berbuat seperti itu. "Kalau aku, lain kali memang biskut kering je lah aku bagi.." Apa pun, memang nampak situasi ini bukanlah seperti masalah besar, namun bagi mereka yang sudah bersungguh-sungguh menyediakan persiapan menyambut tetamu, mereka pasti berasa sangat kecewa dan juga sedih. Jangan ambil enteng dengan masa dan juga perasaan orang lain. Mungkin kita juga pernah 'terbuat' perkara seperti ini, cepat-cepat minta maaf sekarang! - CARI |
10
Bagus |
12
Marah |
12
Terkejut |
9
Sedih |
9
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
pearl.silver replied at 17-7-2017 11:29 AM
Xpernah kena lagi mcm ni..
Harap nya tak kena..menakutkan..
Sebab tu kadang2 xnk bgtau nk datang u ...
gigahertz replied at 17-7-2017 07:48 PM
Aku pernah sekali tetamu dtg tapi dia kata orang lain yang sambut . Dia kata india. Rupanya aku lu ...
pearl.silver replied at 17-7-2017 12:13 PM
Hahahh..kejam u..
Sian tak pasal kawan tu beraya mkn maruku
gigahertz replied at 17-7-2017 09:33 PM
Aku teringin nak prank orang dtg runah 1st ok esok dth runah tu jdi macam rumah tinggal. Ada semak ...
ADVERTISEMENT