Kisah pasangan suami isteri, Slamet Rihadi dan Rohaya dari Sumatra, Indonesia menjadi topik sensasi sejak beberapa minggu lalu apabila cerita pernikahan mereka menjadi tular di media sosial. Sebelum ini Slamet pernah membuat pengakuan bahawa dia seorang yang kuat cemburu, namun kali ini Slamet sekali lagi dikatakan membuat kenyataan mengejutkan kepada Tribunnews. Menurut Slamet, dia enggan keluar ke masjid untuk menunaikan solat jumaat kerana takut akan merindui isterinya di rumah.
Difahamkan juga, pada hari pernikahan berlangsung penghulu kampung telah memberikan nasihat kepadanya agar menjadi seorang suami yang baik dan juga taat menjalankan perintah Allah. Isterinya Rohaya juga turut menasihati suaminya itu untuk tidak meninggalkan solat namun remaja 16 tahun itu tetap berkeras tidak mahu menunaikan solat jumaat kerana takut rindukan isterinya walau hanya berpisah kurang dari 2 jam. “Disuruh rajin solat, jika hari jumaat pergi ke masjid” ujar Rohaya. Nampaknya rasa cinta Slamet terhadap isterinya nenek Rohaya semakin mendalam hinggakan langsung tidak mahu berenggang walaupun seketika. Apapun, tidak solat Jumaat hukumnya adalah berdosa. Mungkin Slamet masih terlalu muda dan perlukan lebih banyak bimbingan. - CARI |
18
Bagus |
20
Marah |
14
Terkejut |
23
Sedih |
33
Lawak |
28
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Ayda89 replied at 18-7-2017 01:49 PM
I xtau la kenapa tapi kalau baca pasal couple ni i kenot tahan nak gelak la hahahahhhahah
dinoloveshasha replied at 18-7-2017 01:54 PM
klau wife aku nengok mesti die jeles... psl aku takde gambo manja2 gini haha
Ayda89 replied at 18-7-2017 02:00 PM
Ko ajak wife ko bergambo sweet2 camni pastu baru tunjuk pic nenek ni dengan hubby dia pastu kata k ...
dinoloveshasha replied at 18-7-2017 02:04 PM
die nak je bergambo gituh... aku yg taknak... segan haha....
tp kelako weh tgk nenek tu... ilmu p ...
ADVERTISEMENT