Lama bergelar solo, penyanyi Azharina Azhar kini mengakui dia sedang berkawan dengan seorang ahli perniagaan berstatus duda. Memetik laporan Mstar Online, Azharina yang mesra disapa Nina berkata dia berasa selesa dengan lelaki dan hubungan tersebut kerana sikapnya yang matang, selain begitu baik dengan anak lelaki Nina sendiri. "Setakat ini hanya dia seorang yang berani dekat (ketawa). Kami berkenalan di sebuah majlis yang memerlukan saya menyanyi di situ dan sejak itu kami berkawan. "Apa-apa pun masih terlalu awal untuk saya berkongsi lanjut mengenai hubungan ini kerana belum berputik perasaan cinta. Cukup saya katakan kami berkawan sahaja," katanya. Pun begitu, Nina berkata ayahnya belum diberitahu mengenai perkara itu sehingga hari ini kerana tidak mahu berkongsi sesuatu yang belum pasti, ditambah perasaan trauma dengan perceraian dahulu. "Apa-apa pun saya ada syarat untuk menerima kehadiran seseorang lelaki di dalam hidup saya di mana dia haruslah lebih berusia daripada saya. "Ini kerana saya seorang yang matang dan perlukan individu yang lebih matang untuk membimbing saya. Kalau boleh biar berusia 45 tahun ke atas," katanya lagi. - CARI |
16
Bagus |
18
Marah |
15
Terkejut |
16
Sedih |
17
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
minguk replied at 23-7-2017 03:51 AM
suara dia sedap tp bab sangkut2 nyanyi tu buat i hilang minat nak dengar lagu2 dia
damian_lee replied at 23-7-2017 12:11 PM
Yes .. batch gegarvaganza dia .. stock2 overdo bila nyanyi ....
minguk replied at 23-7-2017 12:19 PM
haah, sangattt overdo.. tapi juara juga haha
wookiehoney replied at 23-7-2017 12:28 PM
Sheols mmg perlu yg stok kertu.
Penampilan sheols pon mmg tua dr usia.
kiah_mai_pulak replied at 23-7-2017 12:56 PM
Juri esp tok kat kan mmg suka yg overdo.. yg fokus kat vokal mcm ct nana teruk dihentam.. last2 ju ...
ADVERTISEMENT