Disebabkan rindu mahu berjumpa bapanya yang berada di dalam penjara, dua beradik dari Si Saket, Thailand sanggup mengayuh basikal hampir lima jam untuk ke sana.
Namun hampa bila sampai apabila mendapati ia bukannya hari yang dibenarkan untuk melawat. Kisah menyentuh hati ini telah dikongsi oleh seorang pengawal keselamatan penjara itu di Facebook sebelum ianya menjadi tular. Menurut Apichai Manthon, dua beradik tersebut sanggup mengayuh basikal sejauh 50 kilometer untuk melawat bapa mereka pada hujung minggu. “Mereka meninggalkan rumah pada jam 7.30 pagi dan tiba di penjara pada 12.10 petang. Saya rasa kesian pada mereka kerana hari ini bukan hari melawat,” tulis Apichai.
Memetik portal Coconuts Bangkok, difahamkan telefon bimbit yang dimiliki mereka turut pecah dalam perjalanan akibat terjatuh. Dua beradik itu menetap bersama nenek dan ibunya di Bangkok. Disebabkan tidak dibenarkan melawat, Apichai membawa mereka berdua ke pejabat di mana tarikh bebas bapa mereka dimaklumkan. “Mereka sangat gembira apabila mendapat tarikh bapa mereka akan dibebaskan. Saya sangat tersentuh dengan kasih sayang yang mereka tunjukkan. Saya hampir menangis,” tambahnya. -CARI
|
21
Bagus |
12
Marah |
20
Terkejut |
18
Sedih |
25
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
boyagombak replied at 24-7-2017 11:38 AM
50 Kilometer = 5 jam @ 10 Km sejam @ 1 Km = 6 minit. Kalau beskal MTB @ beskal racing tu klau org ...
Changa replied at 24-7-2017 10:48 AM
PPRT nya kau dek
moonbug replied at 24-7-2017 11:07 AM
Ape bapaknya buat sampai kena penjara
ADVERTISEMENT