CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Isteri Pinang Seorang Wanita Untuk Suaminya Sebagai "Hadiah"

24-7-2017 03:55 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13508| Komen: 95|Original author: Oleh : Hafiz BZ


Atas dasar cinta kepada Allah melebihi segala-galanya, seorang isteri dengan rela hati memutuskan untuk meminang seorang wanita untuk suaminya.

Kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita bernama Shikin Mohmad menjadi bualan hangat di media sosial gara-gara tindakan yang diambil olehnya sangatlah jarang didengari. Mana mungkin seorang isteri dengan rela hati sanggup berkongsi kasih? Kalau ada pun memang sangat "rare".

Kebanyakan wanita dan para isteri pasti resah dan tidak berminat apabila bercerita soal poligami. Bukanlah kerana wanita menentang Sunnah, tetapi mungkin terkesan disebabkan banyak kes-kes melibatkan pasangan yang berpoligami tidak mendapat hak sepatutnya dari seorang suami yang dikatakan mampu berlaku adil.

Apapun, mari kita baca perkongsian dari wanita ini.





Ku Pinang Isteri Buat Suamiku 

Aku bukan malaikat dari kayangan. Aku sama saja dengan wanita lain. Sebut saja poligami remuk redam hati dan rasa mahu "smack down" saje suamiku ini. 

Aku bukan malaikat. Perasaan marah, sedih, kecewa semua ada sebagai manusia yang penuh dengan nafsu manusiawi. 

Suamiku sabar berterusan mendidikku dekat dengan Allah. Aku khatam berkali2 buku karangan kapten Hafiz "202 Tips Poligami".

Satu ayat yang sangat menyentap terus hatiku yang dalam kesedihan. "Apa bukti aku cinta pada Allah melebihi dari suamiku jika aku menentang keras syari'at Allah yang satu ini sedangkan suamiku sangat berkemampuan untuk adil."

Allah tidak membebani hambaNya melainkan sesuai dengan kemampuanNya.

Asalnya aku melihat poligami ini satu ujian. Aku cuba selusuri hidup Rasulullah saw. Kehidupan jauh penuh dengan ujian dari kecil kehilangan seorang demi seorang yg baginda sayang dari ayah, ibu, datuk, isteri tercinta dan bapa saudaranya. Ujian dihina dan dikatakan gila oleh org kafir. 

Dibaling batu hingga berdarah kepala baginda. Allahu ujian apakah ini melainkan untuk mengangkat darjat baginda makin mendekat kepada Allah. Apakah pantas hasil dari sabar dengan ujian dapat bertemu dengan Allah itu digelar ujian? Pastinya itulah hadiah yang paling teragung dan kejayaan yang termulia.

Aku ingin juga dicintai Allah sepertimana cinta Allah kepada Rasul. Target akhirat ni membutakan mataku utk melihat poligami sebagai Hadiah dari langit bukan satu ujian. 

Ajaibnya apabila kuubah cara pandang, Allah titipkan begitu banyak kekuatan membolehkan aku turut sama membantu memilih calon isteri buat suamiku. Kekuatan dari ilahi juga membantuku meminang dan menyarungkan cincin tunang bahkan menyaksikan ijabkabul suamiku dengan wanita lain. Allahurobbi. Lahaulawalaquwwataillabillah.


Moga hadiah ini mendekatkan aku, suamiku dan maduku dekat kepadaNya. Moga usaha dakwah kami kian rancak dan urusan perniagaan kami makin lancar. Poligami atau tidak bukan itu yg membezakan kita dihadapan Allah. Penentunya adalah ketaqwaan kita padaNya. Mohon doa dari semua. 

Persoalannya, sebagai seorang isteri sanggupkah anda berbuat perkara yang sama seperti wanita ini jika suami anda mampu untuk tambah seorang lagi isteri? - CARI


14

Bagus
18

Marah
26

Terkejut
18

Sedih
16

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (104 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ~boolean 24-7-2017 03:59 PM
kalau betul kau ihklas, tak perlu kongsi kemuliaan kau dengan karangan memuji diri..

diam-diam saja pinang madu kau sudah cukup.
Quote MissMamamia75 24-7-2017 04:16 PM
~boolean replied at 24-7-2017 03:59 PM
kalau betul kau ihklas, tak perlu kongsi kemuliaan kau dengan karangan memuji diri..

diam-diam sa ...

Well said..akak setuju..
Quote manehnya 24-7-2017 04:22 PM
~boolean replied at 24-7-2017 03:59 PM
kalau betul kau ihklas, tak perlu kongsi kemuliaan kau dengan karangan memuji diri..

diam-diam sa ...

kah kah.. betui tu.. say no more..
Quote Buritan 24-7-2017 04:34 PM
~boolean replied at 24-7-2017 03:59 PM
kalau betul kau ihklas, tak perlu kongsi kemuliaan kau dengan karangan memuji diri..

diam-diam sa ...

Kalo tak karang tak viral hokkay.. nak viral...

Quote redapple10 24-7-2017 04:36 PM
semoga berbahagia..
Quote beautifulliar 24-7-2017 04:46 PM
Motif baju theyols sama ngn karpet n pokok kt blkg
Quote krustykrab 24-7-2017 04:56 PM
untong la laki die, wpun keding tapi nafsu ko

Quote harrypoter 24-7-2017 04:59 PM
1st wife dia tak tahan ngadap nafsu gila laki dia, sebab tu dia sanggup cari bini baru utk laki dia, sekurang2nya dapatla juga berehat....
Quote chaotic_soul 24-7-2017 05:00 PM
payung emas...alhamdulillah
Quote esbatu 24-7-2017 05:07 PM
semoga berbahagia till jannah
Quote sarahmirza 24-7-2017 05:15 PM
kenapa asal cintakan Tuhan, cintakan Agama .... wajib diselit, berkorban kongsi suami?

Syarat nak masuk syurga ni mesti poligami ke?
Syarat nak nampak manusia suci ni, mesti poligami ke?

Quote indenial 24-7-2017 05:16 PM
~boolean replied at 24-7-2017 03:59 PM
kalau betul kau ihklas, tak perlu kongsi kemuliaan kau dengan karangan memuji diri..

diam-diam sa ...

Zaman sekrang semua kena up soc med. X up org xtau.  
Quote AmandaRollins 24-7-2017 05:19 PM
Laki drg x hensem
Jgn hencap i
Quote AmandaRollins 24-7-2017 05:20 PM
Tp xtaw la drg cantik ke x..jodoh masing2 kn
Quote ffbeauties 24-7-2017 05:24 PM
So itu ke cara si suami nak menunjukkan lebih mencintai Allah?
Quote OnFleek 24-7-2017 05:25 PM
yang laki haus.

yang bini first crazy for fame?
Quote munahjolie 24-7-2017 05:28 PM
Bakal jadi "presiden kelab bini-bini tua"
Quote munahjolie 24-7-2017 05:29 PM
OnFleek replied at 24-7-2017 05:25 PM
yang laki haus.

yang bini first crazy for fame?

Haha! dua-dua psycho!
Quote matchstick 24-7-2017 05:44 PM
muka laki theyols ada iras2 kak pian sikit. hati2 pira

Lihat semua komen(95)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.171662 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top