CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Menangis 'Dibuli'Netizen Sampai Tutup Akaun Media Sosial

26-7-2017 02:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11814| Komen: 66|Original author: Oleh: Maly Rosli

"Jurugambar suruh saya buat muka 'cute', senyum dan pandang pada kamera. Saya buat, tetapi tak tahu untuk siaran televisyen."

Ha, itulah jawapan Norsuziyana Natasya Mohd Hasim kepada Harian Metro apabila ada pihak mengecam aksi comelnya ketika muncul di hadapan kaca televisyen (TV).




Menerusi paparan video itu, Norsuziyana dilihat tersenyum, mengenyit mata dan melambai ke arah kamera, sekali gus menjadikan ia tular di media sosial.

Kalau dah orangnya cantik, sudah tentulah dapat membuat hati netizen terutama kaum Adam 'cair' melihat aksi comel anak bongsu daripada enam beradik itu.

Namun, dalam pada kejelitaan dan kecomelannya dipuji orang ramai, Norsuziyana akui turut menerima komen kecaman sehingga terpaksa menyahaktifkan akaun Facebook, Twitter dan Instagramnya.



Foto: Harian Metro

"Ada yang mengecam hanya disebabkan kehadiran saya pada majlis itu dan dikaitkan dengan isu politik.

"Saya cuma menjalankan tanggungjawab saya sebagai anak menemani ibu, Roslina Karim, 57, yang mahu ke sana. Ayah saya dah lama meninggal dunia," jelasnya.

Hampir menangis budak tu dibuatnya sehinggakan terlintas di kepala Norsuziyana sekiranya perlakuannya itu memalukan keluarga.

"Ibu jawab, 'tidak, mak bangga ada anak macam kamu. Anak yang kuat di luar dan tersenyum, tetapi di dalam, air mata yang keluar'," katanya yang berasal dari Felda Jengka 21, Pahang.


Foto: the Reporter/FB

Norsuziyana bagaimanapun, reda dengan situasi itu.

"Mulut orang saya tak boleh tutup. Saya reda dengan semua ini dan kakak beritahu, saya kena terima kerana ini semua dugaan," katanya.

Norsuziyana bersama ibunya menghadiri Hari Peneroka Felda 2017 dua hari lalu di Putrajaya untuk menerima insentif peneroka yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan ketika itulah dirinya dirakam jurukamera.

Pelbagai reaksi diterima daripada netizen dan rata-ratanya hairan dengan hal kecam-mengecam yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

"Orang Malaysia ni kadang-kadang perangai pelik-pelik. Hal macam ni pun nak jadi hal. Memang dah tak ada kerja sangat ke nak buat," komen netizen.


Foto: FB The Reporter

Anda rasa tindakan gadis itu 'terlampau' atau hanya hiburan semata-mata? - CARI


15

Bagus
36

Marah
20

Terkejut
26

Sedih
19

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (135 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 26-7-2017 03:01 PM
Nk tunggu komen drp PM...(kalo ada).
Quote harrypoter 26-7-2017 03:03 PM
sape dia ni
Quote prettyuglybabe 26-7-2017 03:10 PM
poyo jah.. cubaan nak jadi retis ke apa ni?
Quote abangadek 26-7-2017 03:12 PM
gitu pn nk tutup habis social acc hang rilek dh aaaaaa
Quote matchstick 26-7-2017 03:18 PM
Kalau ni cobaan nk jd retis mahupun instafemes sori lah dek. X lawa mana pun..typical muka budak2 hijabista zaman skrg. Sekian hencapan. Gi lah sambung menangis di bucu katil tu balik.
Quote Penglipurtales 26-7-2017 03:19 PM
Haha... dia kenyet je pun
Quote CiliPadiSedap 26-7-2017 03:20 PM
dik kena berguru dengan otai cari forum, sekali kena kutuk buka 100 akaun lain ,

tak percaya tanya :

>> usahawanita minyak kelapa dara >> DARSITA
>> tauke kedai mesin kuda >> Mr Lava
>> Tauke kedai buku bundle >> GuaAnakMelaka
>>Tauke Pusat Urut >>Rashiman Tenggiling

Mereka ni dah biasa kena bash dengan netizen cari forum tapi hati kental tak koyak.
Quote hasmania 26-7-2017 03:40 PM
bagus lah tak lama lagi boleh jadi pelakon, penyanyi, penghias majalah ke ............ingat senang ke nak masuk TV kecuali jurugambar yg gatal tak bertempat .......
Quote EncikRhoma 26-7-2017 03:54 PM
alah..yg komen mengutuk tu sorang dua je terus sentap. Ingatkan ramai la yg mengutuk. Tak koser la benda macam ni pun nak mengumpat mengeji
Quote Lorra2411 26-7-2017 04:00 PM
booo layan jelah dek, lama lama senyap jua netizen
Quote pichee 26-7-2017 04:00 PM
Siannye...die kan bdk lg..mne tahan dgn kejian yg mendadak..

Jht la netizen...komen mcm tu..blh bg impact yg teruk tau pd bdk2...
Quote ciwi1166 26-7-2017 04:05 PM
yang ko kesah sangat ngan komen2 tu dah kenapa dek...

ko ignore je la tak yah baca pon. orang malaysia ni mmg susah, semua bende pon tak kena.
Quote mamapea 26-7-2017 04:15 PM
ada jer manusia dengki ni kt mana2...
aku pernah la keluar majalah pa&ma thn 2007...
sapa pun xtau psl tu...tetiba kwn aku pi klinik baca la majalah tu...
skali dia tgk aku...pastu dia post kt fb dia tag aku...
dpt tau kt kwn2 yg lain...semua pakat dok kutuk aku kt dlm group wassap...
mmg diorg x puas hati mcmana aku blh masuk majalah
aku tau pun sbb ada kwn aku yg screenshot tunjuk kt aku...
Quote insulin 26-7-2017 04:23 PM
OK je kalau tutup akaun media sosial. Yang menjadi masalah kalau kau cuba nak bunuh diri. Jangan sesekali terfikir nak buat.
Quote haryatie 26-7-2017 04:23 PM
bertabah lah dik..
Quote jazaa100 26-7-2017 04:26 PM
CiliPadiSedap replied at 26-7-2017 03:20 PM
dik kena berguru dengan otai cari forum, sekali kena kutuk buka 100 akaun lain ,

tak perca ...

Nak sambung...

Tauke Rebung - pyropura
Quote shiedafaizal 26-7-2017 05:01 PM
ok ja i tgk..comel gitu
Quote miemiecha 26-7-2017 05:11 PM
kat obesi.. kamera hala, terus siumm... rilex jehhh
Quote ctaz 26-7-2017 05:13 PM
citer apo ni.....
citer seram ker.....

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 11:06 AM GMT+8 , Processed in 0.234070 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top