Umur merupakan perkara paling penting yang kebiasaannya menjadi pertimbangan dalam memilih pasangan. Bagi sesetengah lelaki, wanita yang jauh lebih muda merupakan pilihan yang tepat untuk dijadikan pasangan hidup.
Setuju tak jika dikatakan wanita akan nampak lebih cepat tua berbanding lelaki? Setuju atau tidak itulah hakikat yang perlu ditelan oleh kaum wanita. Dalam Aesthetic Surgery Journal, Dr Foad Nahai, seorang ahli bedah di Atlanta mengatakan bahawa proses penuaan bagi kulit lelaki berlaku lebih lambat berbanding wanita. “Perbezaan ini ternyata disebabkan kerana wanita mempunyai kelenjar peluh (sebaceous glands) yang lebih sedikit daripada lelaki,” ujar Dr Moshe Kon dari University Medical Centre Utrecht.
Sebaceous glands atau kelenjar peluh berfungsi mengeluarkan minyak yang akan membuat kulit tetap lembut. Pada wanita, jumlah kelenjar tersebut sangat sedikit sehingga seiring berjalannya waktu, wanita akan tampak lebih tua berbanding lelaki, terutama di daerah sekitar mulut yang akan lebih berkedut. Penyelidik memfokuskan kajian pada daerah wajah, iaitu pada bahagian sekitar mulut, baik atas sebelah mahupun bawah. Selain kelenjar keringat yang lebih sedikit, yang membuat wajah seorang wanita kelihatan lebih tua berbanding lelaki adalah sedikitnya pembuluh darah yang mengalir di daerah mulut. Otot-otot mulut yang terdapat pada wanita juga lebih dekat pada kulit. Akibatnya kulit akan tertarik dengan kencang tapi lebih cepat pula berkedut.Kelebihan lelaki yang membuatnya lebih awet muda daripada wanita ternyata juga terdapat pada kelenjar peluh dalam setiap folikel rambutnya. “Lelaki punya kelenjar keringat lebih banyak per setiap folikel rambutnya yang akan membuat kulitnya lebih lambat mengalami penuaan,” kata Dr Kon. Beberapa penyebab penuaan yang lebih cepat pada wanita juga disebabkan oleh menipisnya hormon estrogen menjelang masa menopause yang membuat aliran darah berkurangan dan menyebabkan garis-garis halus dan kerutan di kulit. Satu penemuan penting lagi dari kajian ini adalah, tulang rahang wanita akan mengecut lebih cepat jika sudah tua berbanding lelaki dan akibatnya, bahagian untuk menampung kulit tidak ada lagi dan akhirnya muncullah kedutan. “Cara paling baik agar kulit tetap terlihat muda adalah mengelakkan merokok, sinar matahari dan usahakan pakai pelembab kemanapun anda pergi,” kata Dr Jessie Cheung, dermatolog dari NYU Langone Medical Centre, New York City. Namun usah khuatir, ini kerana masalah tersebut boleh diatasi dengan pelbagai produk kecantikan dan juga amalan gaya hidup sihat. Rajin-rajinlah bersenam dan jangan lupa jaga pemakanan. - CARI |
16
Bagus |
18
Marah |
20
Terkejut |
18
Sedih |
31
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
carly_lah replied at 28-7-2017 07:33 PM
tua pun tua lah... yg penting bahagia....
Jorja replied at 26-10-2017 08:27 PM
Semua orang akan tua lah so dont make such a big deal out of it
rainbow259 replied at 16-8-2017 02:35 AM
ahahah betul2. yg penting bahagia
ADVERTISEMENT