CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tulis Jawapan Di Kuku Untuk Menipu, Tindakan Pelajar Licik Dikecam Netizen

27-7-2017 11:10 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5133| Komen: 27



Bagi golongan pelajar, apa yang paling ditakuti adalah masuk ke dewan peperiksaan dan terlupa semua yang mereka belajar akibat tekanan.

Namun, memetik laporan Daily Mail Online, seorang pelajar di United Kingdom (UK), mendapat satu idea untuk membawa nota ke dewan peperiksaan dengan menulis jawapan pada hujung kukunya ketika menjalani peperiksaan subjek fizik. 

Bagaimanapun, seorang pelajar licik mendapat penyelesaian unik untuk membantunya menangani peperiksaan subjek fizik apabila melekatkan jawapan pada hujung kukunya.

Pelajar yang licik itu dipercayai seorang gadis dikenali Blood_Repaer, menerusi laman sosial Reddit, difahamkan memuat naik gambar yang menunjukkan bagaimana dia menuliskan formula fizik di atas kertas kecil yang kemudian dilekatkan pada bahagian bawah kukunya yang panjang. 


Biarpun tidak jelas sama ada gadis berkenaan pelajar sekolah atau penuntut universiti, tetapi tindakan gadis itu mendapat pelbagai reaksi pengguna maya. 

Ada yang memuji kelicikannya namun tidak kurang juga yang mengecam tindakan wanita itu yang menipu ketika peperiksaan dan mengganggapnya sebagai ‘menyedihkan.’

“Adakah dia fikir menipu ketika peperiksaan itu satu perkara yang baik?” tanya seorang pengguna. 

Malah beberapa orang yang memahami teori fizik turut mengkritiknya kerana tidak dapat menjawab beberapa soalan mudah.- CARI


15

Bagus
9

Marah
12

Terkejut
14

Sedih
18

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (93 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TigerFeith 27-7-2017 09:43 AM
Ayoyo.. Uncle ingat mulayu saja yang malas belajar kaki tiru ini mciam.. Rupanya kokosen pon lagi turuk dari mulayu ka?? Ayoyo..

Melayu = Kokosen = 2X5 jugaaa...
Quote Super-M 27-7-2017 10:51 AM
kalau tiru sebab malas memang patut dihencap pun.

tapi serius aku meluat gila dengan student yang cakap owh  tak baik meniru. ramai masa study dlu tengok orang meniru, minta jawapan, aku bagi je tak kisah. tapi ada golongan membongak tiru tak bagus ni, time dia dapat jawapan boleh lah cakap.. kalau demi kepentingan dia tak dapat jawapan prinsip meniru berdosa terus hilang.

sepanjang bagi org meniru atau aku tiru tak pernah minta jawapan penuh. biasanya minta keyword depan je. sebab kadang kala lupa.
Quote saladin780 27-7-2017 10:57 AM
Brp kerat sgtlah toyol muat kat kuku kepam ko tu dek
Quote AnBulisia 27-7-2017 10:59 AM
meniru waktu belajar
grad
dapat kerja
dapat duit gaji
kawin
dapat anak
guna duit gaji beri anak bini makan hasil kerja yang diperolehi daripada grad melalui meniru
syabas
Quote Artemesiaa 27-7-2017 11:11 AM
Kalau bab nak meniru memang panjang akalmya
Quote mieymiey 27-7-2017 11:11 AM
Sikit naw toyol engko tu sis
Quote cepheid 27-7-2017 11:12 AM
Orang putih ni perangai haprak jugak. Kalau yang pandai tu pandai betul tapi kalau yang bengap pun ada gak.
Quote chinta89 27-7-2017 11:16 AM
so, result dia kena tarik tak??
Quote brown_pupil 27-7-2017 11:27 AM
haha.. ini tak cukup hebat. Patut dia tiru taktik meniru dari SNL Korea tu..

Hat yang acah2 baik tu, tak payah poyo sangat lah.. fitrah manusia memang akan cuba meniru manusia lain.
Quote CiliPadiSedap 27-7-2017 11:49 AM
Akak dulu tiru guna pengorek pensil punya cermin, belakang pengorek pensil ada toyol.. masa spm akak ingat sampai mati budak cina tiru siap bawa kertas jawapan lebih, cm rasuah je.
Quote mbhcsf 27-7-2017 12:02 PM
laaaa..tiru rupanya...
tapi kalau sekadar formula tu ,  bukankah dah diberikan kan dalam  kertas soalan pun...

Quote debab76 27-7-2017 12:02 PM
tu jd bila pukul 10 pagi dah  pegi minum pagi tu punch in blk umah, nk punch out dtg blk
Quote ninja boy 27-7-2017 12:09 PM
Kita semua mana mampu hafal rumus ada 20 rumus yg panjang yg akan masuk exam, ada dulu exam kena hafal 20 rumus panjamg mampu ka, or masih berteka teki rumus yg betul masa exam, mmg terpaksa bertoyol le, nnt kerja mana boleh lagi bertteka teki rumus n design semua boleh tgk buku tgk goggle
Quote qistiena 27-7-2017 12:48 PM
sama aje kokesen ngan melayu..
Quote disketkosong 27-7-2017 12:50 PM
kalau kt mesia, org panggil 'bawak toyol'
kalau kt luar negara' bawak dracula' la kan..
Quote hyie 27-7-2017 12:55 PM
kalau score str8 A sekalipun, feel tu takda...nothing
Quote ice_sky92 27-7-2017 01:07 PM
Cash la kan dik kena tangkap...
Quote RatuDunia94 27-7-2017 07:59 PM
Masa sekolah dulu Iols n kawan2 dulu letak buku dlm tandas je terus.. Time exam bergilir2 keluar g tandas.. Tp peluang tu cuma sekali je la sbb x boleh pergi tandas byk kali.. Bila pikir balik rasa bodoh nya la hai..
Quote fox. 27-7-2017 08:36 PM
Motip ko boleh simpan kuku panjang?sekolah akak dulu tiap kali habis perhimpunan kena spot check kuku,rambut dan pelbagai lagi.time nak exam pun.sehari sebelum kena spot check lagi

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.638208 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top