Peserta Jepun, Lisa Shimazaki diumumkan johan dalam Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri bagi Kategori Antarabangsa. Lisa menyampaikan pidato bertajuk "Bahasa Bukan Sekadar Alat Untuk Berkomunikasi, Bahasa Adalah Segala-galanya" pada pertandingan peringkat akhir berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Memetik laporan mStar, Penuntut Universiti Bahasa Asing Tokyo, Jepun berusia 21 tahun itu berkata, kemenangan itu menyuntik semangatnya untuk terus mempelajari serta meningkatkan pengetahuannya mengenai Bahasa Melayu. Manakala Noor Haqim Noor Hamidon dari Malaysia yang menyampaikan pidato bertajuk "Pesan Seniman" diisytihar juara bagi kategori Alam Melayu.
Peserta dari Afganistan, Abdul Matin dengan pidato bertajuk "Dirgahayu Bahasa Melayu" pula dipilih sebagai juara bagi kategori Pelajar Asing di Malaysia. Kesemua mereka membawa pulang hadiah berupa piala pusingan berserta wang tunai berjumlah RM20,000. Hadiah disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. MaXiao dari China yang menyampaikan pidato bertajuk "Memperbaharui Sistem Pendidikan, Mengatasi Cabaran Ekonomi" serta Rimajon Sotlilova dari Uzbekistan dengan "Peranan Bahasa Melayu di Uzbekistan" dipilih sebagai naib juara dan tempat ketiga kategori Antarabangsa. Bagi kategori Alam Melayu, Ahmad Aidil Hadri Sa’dullah dari Singapura dengan pidato bertajuk "Malaysia dan Singapura – Kita Saudara Sedarah" dan Muhamad Sharulnizam Md Roni dari Malaysia yang menyampaikan pidato bertajuk "Gelora Dunia" dipilih sebagai Naib Juara dan tempat ketiga. Naib juara dan tempat ketiga masing-masing menerima piala pusingan berserta wang tunai RM12,000 dan RM8,000. Sejumlah 53 peserta dari 35 buah negara menyertai PABM yang memasuki edisi ke-11 dengan tema ‘Pengantarabangsaan Bahasa Melayu’ berpadanan dengan konsep memartabatkan Bahasa Melayu di mata dunia.- CARI |
26
Bagus |
26
Marah |
25
Terkejut |
39
Sedih |
26
Lawak |
29
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Maideen. replied at 27-7-2017 01:15 PM
Syabas dan tahniah.....
Maideen~ Tetiba teringat pulak Bahasa Melayu aruah Nik Ajis....
...
finesse replied at 27-7-2017 01:45 PM
Kenapa pula dgn BM arwah Nik Aziz?
epysha replied at 27-7-2017 04:05 PM
kebanyakan bhs yindon ni..
finesse replied at 27-7-2017 01:45 PM
Yg menang kategori pemidato asing kata, penutur natif yg suka mencampuradukkan bahasa melayu dan bah ...
pembisikmaut replied at 27-7-2017 04:33 PM
Bhs indon sesungguhnya adalah bhs melayu pprt...tak setaraf dengan bhs melayu yang tulen dan di ...
raradhia replied at 27-7-2017 04:57 PM
wahhhh, bagus bagus. .i sokong la even kita ni fasih speak english ataw apa pun, jgnlaa lupakan bh ...
finesse replied at 27-7-2017 05:08 PM
Saya pun lancar saja berbahasa Melayu, bhs ibunda dan bahasa inggeris. Tapi mmg akan cakap penuh. ...
finesse replied at 27-7-2017 05:02 PM
Baguslah jikalau saudara sedar akan hakikat yg pahit itu.
fox. replied at 27-7-2017 09:15 AM
indon totok mana layak bahasanya dipertandingkan, gak bisa
ADVERTISEMENT