|
Menimbang berat badan pastinya menjadi rutin bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan mahupun bagi mereka yang ingin 'maintain'. Namun, jangan timbang sebarangan masa kerana ada caranya untuk mendapatkan timbangan yang tepat. Pendek kata tidaklah usaha anda itu sia-sia sahaja nanti!
Tips yang diberikan menerusi kolum Health di Liputan6 menyarakan anda sentiasa menimbang badan pada jam atau waktu yang sama. "Anda perlu mengetahui berat badan secara konsisten pada waktu yang sama supaya dapat membuat keputusan yang terbaik kepada kesihatan," kata Pengarah di Pusat Kesihatan di Colorado, Holly Wyatt. Kajian mendapati waktu pagi merupakan waktu terbaik untuk menimbang berat badan. Lebih tepat lagi, sesudah membuang air kecil dan sebelum sarapan.
Memetik laporan Reader's Digest, waktu tersebut badan masih belum terisi dengan makanan atau minuman. Ini membolehkan anda mendapat tahu berat badan sebenar anda. Jadi, pilih waktu pagi dan jam yang sama setiap hari untuk menimbang berat ya! - CARI |
|
20
![]() Bagus |
15
![]() Marah |
14
![]() Terkejut |
19
![]() Sedih |
27
![]() Lawak |
12
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity
kalau gemuk jangan malu sebab panda pun gemuk
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
6-2-2026 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.193650 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.