Kanak-kanak berusia 3 tahun ditemui maut dalam bilik air oleh ibu tirinya. Menurut laporan Harian Metro, terdapat beberapa kesan kecederaan pada bahagian badannya.
Mangsa dikatakan bersendirian dalam bilik mandi berkenaan semasa ibu tirinya berada di dapur untuk memadam api dapur. Selepas ditemui tidak sedarkan diri, ibu tirinya yang berusia 23 tahun itu terus membawanya membuat pemeriksaan lanjut di Hospital Limbang namun kemudiaannya disahkan meninggal dunia. Sumber berkata, "Sebaik tiba di hospital, pasukan perubatan bergegas melakukan pemeriksaan lanjut sebelum doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.
"Ketika pemeriksaan dijalankan, doktor menemui kesan lebam pada dahi, belakang badan, perut dan kesan luka pada bahagian ari-ari, belakang cuping telingan kanan, mulut, hidung serta punggung kanak-kanak itu." Walau bagaimanapun, kecederaan yang dialami kanak-kanak tersebut menimbulkan keraguan ibu dan bapa kandungnya. Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut namun bedah siasat akan dijalankan untuk mengetahui punca kematian sama ada wujud unsur jenayah. -CARI
|
6
Bagus |
13
Marah |
5
Terkejut |
3
Sedih |
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
emelia1509: Macam kena dera je..If betul memang lahanat si ibu tiri n bapak budak ni Syurga buatmu si kecil..
jazaa100 replied at 29-7-2017 04:34 PM
Semuga kau mandul seumur hidup...
sebu1 replied at 29-7-2017 04:50 PM
Aku rase nk marah kat bape dia biarkan anaknye kat bini baru
Sufimaisarah: Agak2 beberapa lama tinggal kat bilik air tu.padam api dapur terus pegi bilik air tgok dah pengsan ke.
ADVERTISEMENT