CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Didakwa Jual Mahal, Mydin Akur Ditamatkan Kontrak Kedai Rakyat 1Malaysia

31-7-2017 11:34 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 16058| Komen: 134


sumber : http://malaysiagazette.com


Berikutan didapati produk yang dijual jauh lebih tinggi daripada harga pasaran, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bertindak mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menamatkan segera kontrak syarikat yang diberi tanggungjawab mengendalikan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M). 

Tegas Timbalan Perdana Menteri perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana kerajaan memberikan peruntukan kepada syarikat berkenaan untuk memastikan produk yang dijual lebih murah.

Sehubungan itu, memetik laporan Utusan Malaysia, Pengarah Urusan Mydia Mohamed Holding, Datuk Dr. Ameer Ali Mydin tampil akur dengan keputusan kerajaan yang mahu menamatkan kontrak syarikatnya sebagai pengendali pasar mini harga rendah itu. 

“Kami telah memberi komitmen 100 peratus bagi menjayakan program ini, namun akan akur sekiranya kerajaan mahu menamatkan kontrak syarikat. Kami rela hati melepaskan KR1M dan diberikan kepada pihak-pihak yang berminat.”


Jelas beliau, kerajaan berhak menamatkan kontrak Mydin jika syarikat itu gagal memenuhi hasrat menjayakan KR1M kerana perkara tersebut memang terkandung dalam perjanjian. 

“Tidak dinafikan terdapat barangan yang tidak boleh dielakkan daripada dikenakan harga yang lebih tinggi berbanding diharapkan. Tetapi tindakan itu dibuat atas alasan tertentu terutama tekanan ekonomi serta tanggungan pelbagai kos logistik."

Tegas beliau syarikatnya terpaksa menanggung kerugian tersendiri apabila mengendalikan KR1M dan tidak pernah sesekali cuba mengambil kesempatan dengan mengaut keuntungan berlebihan menerusi kedai itu. 

Sementara itu, Mydin dikatakan mengalami kerugian sebelum cukai sekitar RM170 juta bagi tahun kewangan berakhir Mac 2016 atas beberapa faktor berkaitan tekanan ekonomi, hasil kajian agensi penarafan tempatan, RAM Ratings pada Disember lalu. 
4

Bagus
2

Marah
1

Terkejut

Sedih
4

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 31-7-2017 11:51 AM
harga barang kat mydin memang mahal compare dgn pasaraya lain..menipu murah
Quote zafira 31-7-2017 11:54 AM
pegi lulu lagi murah dari mydin untuk setengah-setengah barang....
Quote yayangmama 31-7-2017 11:56 AM
huhuhu...memang pon, kalau da biasa belanja kt econsave

terasa benar kalau belanja kt mydin or aeon big...
Quote leylapple 31-7-2017 12:05 PM
bukan setiap kedai 1 Msia nie akan diberi suntikan awal 1million ker?

mana rugi nya?

orang lain bukak kedai jenuh nak mintak pinjaman bank...mydin senang2 dapat 1 million 1 kedai..

pastu jual mahal dari kedai runcit lain..
Quote Artemesiaa 31-7-2017 12:13 PM
Pengguna dah makin pandai memilih tak lagi membeli hanya berdasarkan nama kedai
Quote dinoloveshasha 31-7-2017 12:18 PM
yayangmama replied at 31-7-2017 11:56 AM
huhuhu...memang pon, kalau da biasa belanja kt econsave

terasa benar kalau belanja kt mydin or ae ...

econsave mmg mostly murah..... bwng besar baru rm1.30 sekilo, bwng putih br rm7 sekilo
cuma bab basah takde menarik tertarik.... NSK mcm2 ade tp harga tak ok sgt.... sayur je murah
Quote ahlisihircute 31-7-2017 12:19 PM

saya x pernah membeli di mydin...
Quote spiderman80 31-7-2017 12:19 PM
Bagi kontrak kat tauke 99 Speedmart lah.
Harga barangan mereka tak keterlaluan, banyak lah yang murah juga.
Quote dinoloveshasha 31-7-2017 12:19 PM
leylapple replied at 31-7-2017 12:05 PM
bukan setiap kedai 1 Msia nie akan diberi suntikan awal 1million ker?

mana rugi nya?

dah takleh handle... akur katanya..... sambil tarik nafas lega....
actually brg mydin ni most takde kualiti.... takde la murah sgt pun....
Quote chaotic_soul 31-7-2017 12:19 PM
kuang2...takdak guna pun kedai tu
Quote insulin 31-7-2017 12:20 PM
Di zaman barang mahal ni, pengguna semakin bijak memilih. Hihi. Perkembangan yang baik.
Quote chinta89 31-7-2017 12:26 PM
iye ke mydin lagi mahal? iols pegi mydin sb bg iols murah.. meybe sb dh biasa dari kecik so bila dh besar panjang ni x terfikir nk beralih ke mana2 psrya lain
Quote Changa 31-7-2017 12:33 PM
zafira replied at 31-7-2017 11:54 AM
pegi lulu lagi murah dari mydin untuk setengah-setengah barang....

standard la sister. mana2 supermarket pun konsep nya sama jah.
ada barang yang murah dari tempat lain ada barang lagi mahal dari tempat lain hatta supermarket urban high class macma village grocerm jaya grocer sekalipun.

so kalau acik2 kepam bagi review kedai itu2 ini murah mahal etc akak tak ambil pot sebab semua kedai konsep ada barang mahal dan murah, kalau semua nak jual murah, celah mana nak untung nya dek?
mereka kena attract customer dengan barang yang di advertise murah sebab mostly orang datang kedai bukan hanya beli satu barang jah dek.
mereka kurang untung dengan barang promo, dapat untung lebih dari barang lain yg rega mahal
Quote mzzenma 31-7-2017 12:33 PM
Mzz rasa mydin takde lah mahal pun barang dia..mzz selalu pergi mydin or family store. Kalau pegi tesco pun sekadar beli diapers anak je.
Quote missinpiece 31-7-2017 12:33 PM
Ada brg murah di mydin, ada yg murah di 99mart, giant ngn tesco pon. Me sronok je memborong time ade sales.
Quote prettyuglybabe 31-7-2017 12:34 PM
chinta89 replied at 31-7-2017 12:26 PM
iye ke mydin lagi mahal? iols pegi mydin sb bg iols murah.. meybe sb dh biasa dari kecik so bila dh  ...

iols pun rasa mydin murah compare dengan giant tesco semua tu..
biasa la ada barang murah ada barang mahal..
nsk pun ok lagi la.. kena pandai tengok la..
Quote gigahertz 31-7-2017 12:35 PM
spiderman80 replied at 31-7-2017 04:19 AM
Bagi kontrak kat tauke 99 Speedmart lah.
Harga barangan mereka tak keterlaluan, banyak lah yang mu ...

Tak boleh. Dia bukan orang kita
Quote yayangmama 31-7-2017 12:37 PM
dinoloveshasha replied at 31-7-2017 12:18 PM
econsave mmg mostly murah..... bwng besar baru rm1.30 sekilo, bwng putih br rm7 sekilo
cuma ...

hahaha....kannnn

betul tu...so far da kawen lebih dari 10ys ni, mostly belanja kt econsave

tak pernah lg beli barang basah beriya2 hehe, sayur pon same...

sbb bahagian brg basah tu dpd entrance da bau keharumannye hehe

just beli siakap...super duper murah rm7.99 itu pon kalau ada lah kan, besar2

tp barang dapo, toiletteries n pampers mmg wajib beli situ...





Quote spiderman80 31-7-2017 12:43 PM
gigahertz replied at 31-7-2017 12:35 PM
Tak boleh. Dia bukan orang kita

Maksud bukan orang kita?

Lihat semua komen(134)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.057556 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top