CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Maut Selepas Tidak Sedar Diri Akibat Jatuh Di Rumah Pengasuh

31-7-2017 04:47 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 9774| Komen: 129

sumber : Berita Harian


Semalam, seorang bayi perempuan berusia 15 bulan meninggal dunia setelah tiga hari dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar. 

Memetik laporan Harian Metro, mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat jatuh di rumah pengasuhnya, di Padang Serai, Kulim Jumaat lalu.

Bayi perempuan yang dikenali Hayfa Afrina Mohd. Nasri itu disahkan meninggal dunia di unit rawatan rapi (ICU) HSB kira-kira pukul 3.40 petang kelmarin. 

Menurut bapa mangsa, Mohd. Nasri Mohd. Yusof, dia menerima mesej daripada pengasuh yang juga jirannya menyatakan anak tunggalnya itu kelihatan pucat kira-kira pukul 4 petang Jumaat lalu. 

“Saya terus ke rumah pengasuh dan mendapati Hayfa Afrina sudah tidak sedarkan diri dan segera membawanya ke Hospital Kulim."


Mohd. Nasri berkata demikian ketika ditemui di Jabatan Forensik HSB sebentar tadi. 

Tambahnya pengasuh tersebut ada memaklumkan yang anaknya terjatuh, sehari sebelum kejadian namun anaknya tidak menunjukkan sebarang kelainan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Ahmad Nasir Jaafar ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

“Siasatan awal kini dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.- CARI
23

Bagus
21

Marah
20

Terkejut
14

Sedih
10

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (104 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote insulin 31-7-2017 04:56 PM
Takziah kepada keluarga mangsa....
Quote munahjolie 31-7-2017 05:00 PM
Takkan lah kalau jatuh gitu je boleh sampai mati. Kalau jatuh dari dukungan mungkin la logik baby tu kena concussion. Sedih sangat dengar berita baby meninggal
Quote aHoi83 31-7-2017 05:02 PM
Jatuh sehari sebelom tu melibat kan kecederaan ape? Waktu dh pucat tk bergerak tu pengasuh pakai msg je bg tau bapak??? Sesuatu sangat
Quote putehkundor 31-7-2017 05:08 PM
Time budak tu kononnya jatuh kau Tak bagitau pulak bapak nya khuens
Quote umbut 31-7-2017 05:12 PM
Pengasuh tlg lah jaga betul2.. mentang2 bkn anak sendiri, sambil lewa je anak org dijaga..
Bayi 15 bulan lasak, dah start pandai jalan, memanjat semua...
Sedihlah, ibu bapa kerja.. anak kat rumah org entah apa jadinya..
Quote ice_sky92 31-7-2017 05:19 PM
Inalillah...
Quote kisahkeaku 31-7-2017 05:19 PM
sehari sebelum kejadian anak dia ajtuh?so next day bapak dia hntr lg ke kat rumah pengasuh?masa bawak balik budak tu ke rumah bapak dia x perasan ke kalau anak dia lemah2 ke lebam2 ke lps jatuh tu???
Quote Ubatdemam 31-7-2017 05:24 PM
Tak kuasalah aku nak menjaga anak orang.. sendiir beranak sendiri jagalah..
Quote umbut 31-7-2017 05:28 PM
Ubatdemam replied at 31-7-2017 05:24 PM
Tak kuasalah aku nak menjaga anak orang.. sendiir beranak sendiri jagalah..

Semua ibu pun kalau boleh nak jaga anak sendiri lah.. keadaan ekonomi memaksa ibu bapa kerja..
Quote alieyrina 31-7-2017 05:29 PM
Kalau tehentak kepala bukankah ada tanda..mcm muntah ka apa..
Anak aku pun kt pgasuh..dulu anak aku sorg..pastu dia amik lg 2 pulak..risau aku kut x terjaga..tp kalau dia x jaga sapa lg..bukan sng cari pgasuh..
Quote nolya 31-7-2017 06:14 PM
mak dia mane.  Nape tak ada cite ttng mak dia?
Quote Madel 31-7-2017 06:34 PM
Salah satu sebab aku tak kasi ibu aku jaga anak org , takut jadi gini la..tak pasal2 mati anak org ke lokap pulak ibu aku nanti
Ada cikgu sekolah tu suh jaga anak2 dia..b4 dia hantar kat jiran tpi jiran tu tak tahan agaknya dgn peel cikgu tu...anta kol 6am, kol 7pm pun kdg2 masih lum amik anak2 dia..cuti pun hantar..gi shopping pun anak2 tinggal dgn jiran aku ni..choii sgt peel..
Pastu dia rekemen ibu aku lak..pujuk2 ibu akubanyak cantik muka ko
Quote ShiningStars 31-7-2017 06:53 PM
Sedihnya x mungkin baby tu akan meninggal kalau jatuh mcm tu je
Quote lil_sparky 31-7-2017 07:07 PM
Ubatdemam: Tak kuasalah aku nak menjaga anak orang.. sendiir beranak sendiri jagalah..

Kalo xda sbb..Mana ada mak yg nk org len jaga ank dia..ckp tu pikiaq sket bole x?
Quote Ubatdemam 31-7-2017 07:11 PM
Madel replied at 31-7-2017 06:34 PM
Salah satu sebab aku tak kasi ibu aku jaga anak org , takut jadi gini la..tak pasal2 mati anak org k ...

Kan.. ngalahkan khadam pulak pengasuh dibuatnya..ingat besar sgt dia byr pengasuh..ada tu nak ambik anak siap nak mandilah apalah.. bayar sebulan rm300..sehari rm10..dah tahu mintak tlg org buat perangai elok sikit
Quote Ubatdemam 31-7-2017 07:12 PM
lil_sparky replied at 31-7-2017 07:07 PM
Kalo xda sbb..Mana ada mak yg nk org len jaga ank dia..ckp tu pikiaq sket bole x?

Alah ada tu ingat pengasuh ni amah dia sangatlah.. dah tahu tak mampu nak beranak pastu nak berlagak pulak
Quote Sufimaisarah 31-7-2017 07:12 PM
Kesiannya baby.harap parents nya tabah
Quote Madel 31-7-2017 07:55 PM
Ubatdemam replied at 31-7-2017 07:11 PM
Kan.. ngalahkan khadam pulak pengasuh dibuatnya..ingat besar sgt dia byr pengasuh..ada tu nak ambi ...

Acik jiran aku ni jaga 4 org anak. 3org anak cikgu sorg lagi mak dia keja kerani..aritu gi beraya umah acik jiran ni..anak2 cikgu tu ada..mengeluh panjang acik jiran ni..smpai nak berjalan raya pun tak dapat..mengarut sgt kan..agak2 la kalau iya pun nak letak anak2 kat rumah pengasuh..seb la cikgu tu dpt pengasuh yg baik..tu yg dia naik lemak..aku pulak yg panas hati..budak yg sorg lagi tu acik jiran ckp elok je mak dia anta kol 8.30 amik kol 6.30..kerja pejabat boleh amik anak on time ..banding keja cikgu..hanat betul..dah la tu acik jiran ckp kalau anak2 cikgu tu tak dtg , dia tolak tau upah jaga..cibai betul kan.
Aku dah warning ibu aku, jangan nak memandai offer diri eh..dah la ibu aku tu ada darah tinggi..pandai la derang settle masalah sendiri.
.
Quote Sufimaisarah 31-7-2017 08:28 PM
Tengok berita tv9 td,tenang je bapaknya.cakap pun lembut.katanya pengasuh bg tau anaknya jatuh sehari sblum meninggal.tp dia xtau jatuh mana sbb xtanya kat pengasuh sbb tgok anak ok je

Lihat semua komen(129)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.161733 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top