Berikutan terdapat kandungan yang mengandungi unsur-unsur yang boleh memudaratkan ketenteraman awam, moral dan pemikiran orang ramai, Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mewartakan Perintah Larangan terhadap lapan penerbitan. Memetik laporan Berita Harian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata lima penerbitan terbabit didapati mengandungi fakta mengelirukan dan bertentangan dengan ajaran akidah Islam mengikut Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah. Beliau menyifatkan penerbitan berkenaan dilihat boleh mengelirukan orang ramai dan dikategorikan sebagai menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar. Perintah larangan terhadap penerbitan itu dibuat menerusi warta bertarikh 22 dan 23 Mac lalu bawah Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.
Mereka yang menjual, mengedar atau menyimpan buku-buku ini boleh dipenjara tidak lebih tiga tahun atau didenda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya. Berikut penerbitan yang diharamkan berdasarkan kategori: Buku yang bertentangan ajaran dan akidah Islam mengikut mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah: 1. Menuju Reformasi Perundangan Islam Pengarang: Abdullahi Ahmed An-Na'im. 2. Hukum Barat Pun Islam Penyusun: Al-Mustaqeem Mahmod Radhi dan Khairul Anam Che Mentri 3. Konsep Kebebasan dan Agama Penyusun: Al-Mustaqeem Mahmod Radhi dan Khairul Anam Che Mentri 4. Zainab Srikandi Cucu Baginda Muhammad SAW Pengarang: Nurfaridah Ruban 5. Imam Mahdi Yang Ditunggu dan Malapetaka Akhir Zaman Penyusun: Abdul Latif Rafqi Buku menghina Islam dan negara, mungkin jejas keselamatan negara: 6. From Majapahit to Putrajaya: Searching for Another Malaysia Pengarang: Farish A Noor 7. Al-Yahud: Eternal Islamic Enmity and the Jews Pengarang: Elias Al-Maqdisi dan Sam Solomon Buku berunsur seks dan gambar lucah keterlaluan: 8. Saucy Seaside Postcards Pengarang: Alan Wykes - CARI
|
10
Bagus |
14
Marah |
15
Terkejut |
11
Sedih |
11
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
8. Saucy Seaside Postcards
lkick2113 replied at 2-8-2017 04:51 PM
sikit2 terhina sikit2 terhina....kan @Maideen. ??
nurbaya replied at 2-8-2017 05:16 PM
I ada baca from majapahit to putrajaya tu tapi takde lak rasa nak membahayakan negara pulak..kata ne ...
Maideen. replied at 2-8-2017 08:04 PM
Nurbaya minat Dr. Farish rupanya......
nurbaya replied at 2-8-2017 08:48 PM
Huhu..ada la 2 buku dia ni kat umah..yg majapahit tu pun I tak baca habis lagi..baru separuh. Ma ...
Maideen. replied at 2-8-2017 09:05 PM
Ada satu buku kompilasi tulisan dia "What your teacher doesm't teach you in school" ka apa ka taju ...
nurbaya replied at 2-8-2017 05:16 PM
I ada baca from majapahit to putrajaya tu tapi takde lak rasa nak membahayakan negara pulak..kata ne ...
chazey replied at 2-8-2017 09:19 PM
Buku tu pasal apa? Ai tengok tajuk pun seperti biasa2 jah tak provokatif gitu.
mbhcsf replied at 2-8-2017 10:06 PM
buku di atas saya tak kisah sangat tapi yg paling baik pengharaman buku breaking the silence tu , Sy ...
M5 replied at 2-8-2017 10:27 PM
lobainita tak kesah sangat yg mana satu?
suka dak baca buku Saucy Seaside Postcards ?
nurbaya replied at 2-8-2017 09:17 PM
I see.. Yg buku "what your teacher didn't tell you" tu pun is my first book dr farish ni. Kinda ca ...
ADVERTISEMENT