Seorang lelaki Poland ditahan selepas menculik dan cuba melelong seorang model British sebagai hamba seks di sebuah laman web haram 'Black Death'.
Memetik portal Telegraph, model terbabit yang tidak didedahkan identitinya disuntik dengan dadah selepas diperdaya untuk menghadiri satu sesi penggambaran di Milan pada 11 Julai lalu. Sebaik tiba di studio 'palsu', model berusia 20 tahun itu disuntik dengan dadah jenis ketamin sebelum penculik membogelkan dan merakam gambarnya.
Mangsa kemudiannya diikat dan disumbat ke dalam sebuah beg besar sebelum disembunyikan di sebuah perkampungan kecil di Borgial, timur laut Piedmont. Polis menerima laporan daripada ejen mangsa yang mendakwa model berkenaan tidak pulang ke London selain menerima ugutan wang tebusan. Lukasz Pawel Herba, 30, dari Szczecin yang menetap di UK ditahan dan didakwa merancang penculikan itu. Sementara itu, CBS News melaporkan, polis masih tidak dapat memastikan sama ada Lukasz benar-benar ingin melelong mangsa di laman web berkenaan atau ia hanya satu ugutan bagi mendapatkan wang tebusan berjumlah 230,000 pound (RM1.28 juta) daripada ejen serta keluarga mangsa. - CARI
|
11
Bagus |
11
Marah |
11
Terkejut |
12
Sedih |
8
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
shernazz replied at 6-8-2017 12:48 PM
iols penah tgk cite apa tah kat fb live
pompuan ni dibawa ke bulgaria utk dirogol dan dilacurkan
...
shernazz replied at 6-8-2017 12:48 PM
iols penah tgk cite apa tah kat fb live
pompuan ni dibawa ke bulgaria utk dirogol dan dilacurkan
...
cik-jaja: mcm i spit on your grave je?
akmalrahman replied at 6-8-2017 01:24 PM
Tak bukam citer tu.. Tu citer yg lain
shernazz replied at 6-8-2017 01:14 PM
ye ke uols
@umbut @cik-jaja
~boolean replied at 6-8-2017 03:28 PM
amboi pasport palsu dia...siap teleng kepala sambil beri jelingan maut...
umbut replied at 6-8-2017 03:52 PM
Nope.. passport, lesen x silap belah2 eropah memang kena amik gambar macam tu.. senget sisi sikit. ...
ADVERTISEMENT