CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rindu Mak, Pasangan Adik Beradik Sanggup Larikan Diri Dari Rumah Kebajikan

7-8-2017 10:07 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5733| Komen: 38


sumber : mStar


“Pakcik boleh tolong hantarkan kami ke Bukit Jalil, nak jumpa mak.”

“Jauh dik, pakcik nak pergi tempat kerja ni. Biar pakcik bawa adik ke balai polis dan abang polis tolong hantarkan.”

Demikian perbualan Ahmad Nazri Zainudin bersama dua kanak-kanak yang ditemuinya di jalanraya yang menghala ke Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada awal pagi Ahad.

Insiden itu dikongsikannya kepada mStar Online selepas mengeluarkan 'psoting' berhubung insiden di Facebook.

Menurut Ahmad Nazri, secara kebetulan ketika itu dia sedang memandu di jalan yang sama memberhentikan kenderaan lalu bertanyakan ke mana hala tuju mereka.


“Ada dua tiga kereta yang lalu jalan yang sama sebelum saya tapi tidak berhenti. Saya rasa tak sedap hati kerana mereka masih kanak-kanak. Alhamdulillah, saya dah serahkan mereka ke Balai Polis Saujana Utuma untuk tindakan lanjut oleh pihak polis.”

Insiden itu disahkan jurucakap Balai Polis berkenaan dengan mengambil butiran peribadi Nazri dan menghubungi penjaga kanak-kanak berkenaan.

Kemudian wakil penjaga dari Rumah Aman, rumah kebajikan di Saujana Utama datang ke balai polis tersebut untuk mengambil mereka berdua. 

Sementara itu, jelas Pengasas dan Pengarah Rumah Aman, Abdul Rehman Dakri kedua kanak-kanak itu merupakan adik-beradik dan insiden berlaku mungkin disebabkan mereka sukar untuk membiasakan keadaan yang penuh disiplin di Rumah Aman yang diatur pelbagai aktiviti untuk setiap penghuni.

“Mereka masih mempunyai ibu dan ayah yang tidak berkemampuan dan mereka dihantar ke sini untuk menjalani kehidupan yang lebih baik."

Ditanya bagaimana dua kanak-kanak tersebut boleh ‘terlepas’ dari pengawasan, Abdul Rehman berkata, dia akan meneliti perkara tersebut dengan kakitangannya.

Rumah kebajikan itu dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar bangunan dan akan memastikan kakitangan memantau setiap penghuni, tambah beliau.- CARI


23

Bagus
14

Marah
6

Terkejut
19

Sedih
11

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (95 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cekelatkopi 7-8-2017 10:16 AM
Hopefully abang pulis bg lah chance dorg jumpa sekejap sblm hantar balik ke rumah aman tu..bg melepas rindu sekejap jee
Quote xtahumenahu 7-8-2017 10:23 AM
cekelatkopi replied at 7-8-2017 10:16 AM
Hopefully abang pulis bg lah chance dorg jumpa sekejap sblm hantar balik ke rumah aman tu..bg melepa ...

btol...kesiannye...bagi laa peluang jumpe mak ayah kejap
Quote raradhia 7-8-2017 10:25 AM
sedih sgt, huhu. .
Quote chinta89 7-8-2017 10:26 AM
hmmm.. so mak ayah dia tau tak ni? ak bc habis dh tp mcm xde tulis dlm artikel. ke aku tlepas pandang?
Quote lasagnaklcc 7-8-2017 10:31 AM
Homesick la ni... perasaan mcm masuk asrama bila semua benda kena urus sendiri dan ikut peraturan.
Quote arasham 7-8-2017 10:40 AM
chinta89 replied at 7-8-2017 10:26 AM
hmmm.. so mak ayah dia tau tak ni? ak bc habis dh tp mcm xde tulis dlm artikel. ke aku tlepas pandan ...

Saya baru ckp pasal prog ni kat benang 3 beradik kena abaikan tu. Mak ayah tak dtg lawat ke ank2?
Quote manehnya 7-8-2017 10:41 AM
harap2 jgn la di marah bebudak ni... sian sgt..

ya allah kuatkan hati mereka, dan semoga semua urusan mereka di permudahkan
Quote sarahmirza 7-8-2017 10:52 AM
Kesiannya budak2 ni.
Kalau I mesti serba salah juga.
Boleh je kalau nak minta hantar jumpa mak bapak dia org kejap.
Tapi buatnya tiba2 kena tuduh culik budak2 ni?
Eh.. sia2 aje.
Baik ambil hp call abang polis minta mereka ambil budak2 ni.
Quote minahsenget 7-8-2017 11:10 AM
nasib baik yg tumpangkan ke police station pun org baik2...kesian adik2 ni,harap dpt jumpa n peluk mak
Quote kerepektempe 7-8-2017 11:14 AM
Sebelum bawak balik rumah aman tu jumpakan la diorg ni ngn maknya..
Quote jahcomel 7-8-2017 11:22 AM
mmg rindu sgt2 tu...bglh pluang budak2 nih jupe mak ayah dia keja pn jd lh...
Quote prettyuglybabe 7-8-2017 11:24 AM
mak ayah susah sangat ke sampai tak datang jenguk anak? talipon pun tak ada ye..
Quote lyza2474 7-8-2017 11:59 AM
Quote amira_safia 7-8-2017 12:26 PM
homesick ... memang betul budak2 ni tak biasa dengan suasana yang baru, displin dan semua kena buat sendiri ... contoh macam anak aku juga tak biasa duduk asrama last2 keluar juga sebab hari2 telefon menangis2 ...
Quote torsotiger 7-8-2017 12:40 PM
@alipsyukriterlajaklaris   boleh la abang terlajak laris ambik 2 budah ni jd anak angkat..semalam kata nak 2 anak angkat baru kan
Quote chinta89 7-8-2017 12:47 PM
sarahmirza replied at 7-8-2017 10:52 AM
Kesiannya budak2 ni.
Kalau I mesti serba salah juga.
Boleh je kalau nak minta hantar jumpa mak bap ...

btl tu. ketepikan bab soal kesian kat bebudak nk  jumpa mak. zmn skg bukan boleh buat kira dibuatnya budak tu reka cerita kata kena culik ke ape ke lps keluar dari rumah kebajikan semata2 nk selamatkan diri, acaner?

tp ramai plk porumer suh bwk jumpa mak dulu then baru ata deols g balai polis.

iols s x setuju.. ketepikan soal perasaan skg ni. kite niat nk tlg, tp bimbang jd lain plk.
Quote chaotic_soul 7-8-2017 12:52 PM
semoga dipermudahkan
Quote jahcomel 7-8-2017 12:53 PM
chinta89 replied at 7-8-2017 12:47 PM
btl tu. ketepikan bab soal kesian kat bebudak nk  jumpa mak. zmn skg bukan boleh buat kira dibuatn ...

bkn camtu sis...porumer harap abang polis anta budak tu jupe mak dia dlu sblum anta kt umah kbajikan
Quote sayawifenikmie 7-8-2017 12:55 PM

ada beberapa persoalan

adakah mak ayah tak jengok langsung lepas serahkan anak2 ke jabatan kebajikan?

adakah anak2 rasa terkongkong sebab dah biasa lepas bebas ber hu ha sebelumdihantar ke rumah kebajikan?

kenapa sampai hantar anak2 ke rumah kebajikan ye?  faham tak berkemampuan ... tapi ....

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:04 AM GMT+8 , Processed in 0.052651 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top