CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Ayah Bukan Binatang, Kenapa Dia Dibakar Macam Ayam Ibu?"

8-8-2017 03:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8133| Komen: 41|Original author: Oleh: Myra Rozi

“Ibu, ayah di mana? Tak pulang-pulang.” Hati ibu mana yang tidak hancur berkecai bila ditanya begitu kerana hakikatnya si bapa sudah tidak bernyawa lagi.

Pembunuhan kejam yang berlaku ini bukan sahaja menggegarkan penduduk Indonesia, tapi juga dunia kerana lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Al-Zahara dibakar hidup-hidup.

Sebelum dibakar, lelaki itu dipukul tanpa belas kasihan langsung gara-gara dituduh mencuri tiga amplifier dari Masjid Desa Muara Bakti pada Selasa, 1 Ogos lepas di Suka Tenang, Bekasi.

Foto: Youtube
Walaupun cuba menyembunyikan kematian si bapa, namun berita tentangnya sampai juga ke telinga si anak.

“Mengapa ayah dibakar seperti ayam? Adakah ayah ini ayam, bu?” Pastinya luluh hati sesiap pun yang mendengar pertanyaan sebegitu!

Ini luahan isterinya, Siti Zubaidah berkenaan nasib yang menimpa suaminya.


Kisah tentang keluarga ini tular dan menyebabkan netizen mula meluahkan pendapat masing-masing.

Menurut laporan dari media tempatan Liputan 6, hari itu Muhammad Al-Zahara yang merupakan seorang juruteknik elektronik dan pembaikan sistem bunyi dipercayai singgah di masjid tersebut untuk menunaikan solat Asar.

Disebabkan bimbang amplifier yang dibawanya dicuri, maka dia mengusungnya sekali ke dalam masjid namun malang apabila jemaah menyangkanya mencuri pula.

Disebabkan itu dia dipukul dan disimbah petrol sebelum dibakar hidup-hidup.

Siti Zubaidah, Foto: Tribunnews.com
Kejam, apa salahnya siasat terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa tindakan sekali pun. Diharap agar isteri dan anak mangsa tabah menghadapi ujian hebat ini. -CARI
47

Bagus
14

Marah
18

Terkejut
18

Sedih
19

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (129 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kamil8891 8-8-2017 03:43 PM
mungkin ade yg xpuas hati dgn arwah pastu org tu api2 kan org lain last2 tjebak sekali...
tapi tu la sudah ketentuan dia meninggal mcm tu... sama2 doakan arwah ditempat kan bsama org2 yg soleh...
pada yg buat kat arwah tu menyesal seumur hidup la n semoga diberi hidayah
Quote chinta89 8-8-2017 03:44 PM
ya Allah.. dh kenapa x siasat btl2?

teringat cter novel Sunan

"Biar Tersalah Ampun Jangan Tersilap Hukum"
Quote raradhia 8-8-2017 03:51 PM
kesian, bagus orgnya rumah terakhir yg d pergi ialah rumah allah. .harap allah ampuni dosa2nya, aamiin aamiin aamiin

syukurlaa drpd meninggal time merempit
Quote miemiecha 8-8-2017 04:11 PM
jadi ape jd kat manusia durjana semua tu
Quote nisako 8-8-2017 04:16 PM
siannye......................
Quote ninnakarinna 8-8-2017 05:20 PM
Edited by ninnakarinna at 10-8-2017 09:27 AM

Yg salah tu ialah yg mula2 buruk sangka masa arwah pegang amplifier. Terus dituduh konon curi masjid punya.

Yg lain pun satu..dengar je mcm tu terus percaya n buat keputusan sendiri.. siasat la dulu.

Bukan ke dalam islam berita yg datang kena selidik dulu. Hampeh. Kalau org2 dlm masjid pun dengar berita takde tapis2 betul ke tidak. Yg kat luar masjid tu..ko ghaser?
Quote intanpurnama 8-8-2017 05:31 PM
Innalillah takziah kejamnya terseksa arwah dah la kene belasah lagi lepas tu kena bakar lak, mudah2an kematian arwah mendapat pembelaan segera.
Quote CiliPadiSedap 8-8-2017 05:56 PM
Dik, dia kt syurga. Dia dah ahli syurga.{:run kt dunia mati kena fitnah kena bakar , nikmat balasan syurga..{:handsome

Tahniah kepada mangsa dan keluarga mangsa.. jangan sedih ye dik n anak.. redha kan pemergian si ayah.. ayah mu di bunuh orang yang mungkin solatnya setiap waktu di masjid ahli masjid .. tapi bila di uji kesabaran mereka bakar ayah kamu..

Sabar dan redha kan pemergian ayah mu.. tuhan tu maha adil.. kematian ayah mu pasti ada perhitungan..
Quote CiliPadiSedap 8-8-2017 06:00 PM
Untung lah ahli syurga.. bagi pencinta kematian nak sangat khusnul khatimah.. dalam doa minta kematian khusnul khatimah.. cinta kematian bukan maksud tolak dunia tp kerja keras kt dunia for akhirat.. every value have price.. nak masuk syurga pun ada maharnya.
Quote ReginaGeorge 8-8-2017 07:17 PM
Indon just being indon.
Quote redapple10 8-8-2017 07:58 PM
Gila kejamm
Quote fadzyjemi 8-8-2017 08:05 PM
Sedihnye.. ya allah semoga ahli keluarga mangsa dpt pembelaan yg sewajarnye
Quote Mary_jane 8-8-2017 08:21 PM
I ingatkan kat malaysia. Anyhow, para pembunuh tu dirasuk setan apa sampai sanggup bakar orang hidup2?
Quote Felycya 8-8-2017 08:47 PM
Innalillahi Wainna Ilaihirrajiun.. Al-Fatihah bt arwah.. Sedihnya...
Quote debab76 8-8-2017 09:12 PM
bodonye!!! memalukan islam je.
Quote moocoww 8-8-2017 10:50 PM
Sudah la menjatuhkan hukum tanpa periksa..dibunuh dengan cara yg menyakitkan..
Manusia semakin kejam
Quote AkuMark 8-8-2017 11:09 PM
Manusia skrng suke menghukum...sdngkan perbuatan mereka itu lebih dahsyat dr org yg d katakan bersalah...
Quote AkuMark 8-8-2017 11:14 PM
ninnakarinna replied at 8-8-2017 05:20 PM
Yg salah tu ialah yg mula2 buruk sangka masa arwah pegang amplifier. Terus dituduh konon curi masjid ...

Tu la yg lg menyedihkan kaka...moga roh mangsa d cucuri rahmat...
Quote haryatie 9-8-2017 07:38 AM
kejammmm...
siasat la betul2..
kalau yer pun mencuri x kan hukumannya bunuh kut
ko org yg membunuh tu kira ahli syurga la yer

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 10:47 AM GMT+8 , Processed in 0.054997 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top